Sabtu, 24 Ogos 2024

KU LI GANTI ZAHID


Anwar perlu fokus isu dalaman negara, kata Ku Li


PERDANA Menteri Anwar Ibrahim perlu beri keutamaan kepada isu dalaman, khususnya ekonomi, berbanding terlalu fokus terhadap diplomasi luar negara, kata veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li, mengakui Anwar mungkin mempunyai niat baik dalam mempromosikan pencapaiannya dalam dasar luar negara, tetapi menekankan apa yang lebih penting sekarang adalam menangani cabaran dalaman negara dengan lebih berkesan berbanding ketika mula menjawat jawatan perdana menteri.

Beliau menggesa Anwar menyalurkan tenaga dan perhatiannya kepada memastikan pemulihan ekonomi dirasai oleh semua bahagian masyarakat, susulan data pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan dan pengukuhan ringgit.

“Tetapi ini saja tidak cukup. Banyak lagi perlu dibuat bagi memastikan kemampanan pertumbuhan itu dan memberi manfaat kepada semua pemegang kepentingan di negara ini, khususnya kumpulan B40 dan M40, yang masih bergelut dengan kenaikan kos sara hidup,” katanya dalam satu temubual baru-baru ini.

Ku Li berkata Anwar dilihat lebih fokus kepada isu antarabangsa.

“Beliau perlu perhatikan negara sendiri. Ada pelbagai perkara sedang berlaku.”

Beliau berkata walaupun usaha untuk mengukuhkan ringgit dan pelaksanaan dasar fiscal untuk mengurangkan kos dan kenaikan gaji adalah positif, respons sektor swasta masih perlahan.

“Kita perlu teroka bagaimana sektor swasta boleh selari dengan inisiatif sektor awam, daripada meningkatkan produktiviti kepada kenaikan gaji, supaya kuasa beli yang setara dapat dicapai.”

Mengakui kekuatan Anwar, Ku Li berkata beliau ada menasihati Anwar untuk meneruskan pendekatan pelbagai ketika terbabit dengan pelaburan asing.

“Kita tidak boleh abaikan pertumbuhan China yang hebat, dan kita perlu berhubung dengan mereka daripada segi diplomatik dan ekonomi. Saya ada beritahu perkara ini kepada Anwar, dan saya lihat beliau melakukan usaha untuk berhubung dengan China,” katanya. – 24 Ogos, 2024.

KU LI BAWA

KEMBALI

SEMANGAT 46

GANTI

ZAHID 

SEMANGAT 47

AMIN

LEPAS NEGGIRI

SAHAM KU LI

NAIK

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: