Sabtu, 24 Ogos 2024

REVOLUSI PATANI WAJIB DISOKONG


Tujuh pegawai kerajaan berdepan perbicaraan tragedi Tak Bai


BANGKOK: Tujuh pegawai kerajaan akan dihadapkan dalam perbicaraan kematian beberapa penunjuk perasaan Islam yang mati lemas dalam trak tentera hampir dua dekad lalu di selatan Thailand, kata peguam kepada keluarga mangsa.

Tragedi dikenali 'pembunuhan beramai-ramai Tak Bai' di seluruh selatan wilayah pada 25 Oktober 2004, kekal sebagai salah satu insiden paling maut dalam pemberontakan orang Melayu Islam terhadap kerajaan Thailand yang memerintah.

Seramai 78 orang mati lemas selepas mereka ditangkap dan disusun di atas satu sama lain di belakang trak tentera Thai.

Pegawai itu juga akan menghadapi perbicaraan berhubung kematian tujuh orang lagi yang ditembak ketika pasukan keselamatan menggunakan peluru hidup terhadap sekumpulan besar penunjuk perasaan yang menggesa beberapa tahanan dibebaskan.

Peguam yang mewakili keluarga, Ratchada Manuratchada, berkata Mahkamah Narathiwat hari ini menerima petisyen yang dikemukakan oleh keluarga mangsa yang ingin mendakwa tujuh pegawai kerana membunuh dan cubaan membunuh.

Keputusan itu dibuat dua bulan sebelum statut pengehadan kes itu akan tamat - iaitu 20 tahun selepas kematian.

"Mahkamah bersetuju untuk membawa kes itu ke perbicaraan.

"Ini adalah kes bersejarah di negara kita yang akan memutuskan sama ada pihak berkuasa melayan orang awam dengan sewajarnya ," kata Ratchada selepas keputusan mahkamah kepada pemberita.

Setakat ini, tiada anggota pasukan keselamatan Thailand pernah dipenjarakan atas kesalahan pembunuhan di luar undang-undang atau penyeksaan di 'selatan dalam' walaupun dakwaan sering berlaku penderaan di seluruh wilayah.

Tujuh defendan itu termasuklah pegawai kanan tentera dan ahli politik.

Insiden itu berlaku ketika bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra berkuasa dan Prawit Wongsuwan, seorang ahli politik kanan, menjadi ketua tentera.

Perbicaraan pengakuan itu dijadualkan pada 12 September ini.

Konflik pada tahap rendah sering terjadi di wilayah paling selatan sejak pembunuhan beramai-ramai berlangsung dan sudah membunuh lebih 7,000 orang sewaktu puak pemisah di wilayah itu terus berjuang untuk mendapatkan kuasa autonomi yang lebih besar daripada negeri itu.

Wilayah selatan berbeza budaya daripada Thailand yang majoriti penganut Buddha dan ia dikawal ketat oleh pasukan keselamatan Thailand. - AFP

PATANI PALESTIN

SATU PERJUANGAN

SATU TEKAD

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa kau tak duduk sana? Mak nyah pun bersepah. Boleh jolok bontot! Kau kan suka bontot!