BERITA BAIK
DAH LAMA
DI TUNGGU
AMIN
SELAMAT MENDARAT
SOLDADU AMERIKA
IRAN DAH LAMA
MENUNGGU
AMIN
PENJUAL
BEG HITAM
PESANAN
BERTAMBAH
KHALAS
Pentagon bersiap sedia untuk operasi darat di Iran - Laporan
WASHINGTON: Pentagon sedang menyediakan rancangan untuk operasi darat di Iran yang dijangka memakan masa berminggu-minggu.
Operasi itu berpotensi termasuk serangan ke Pulau Kharg dan tapak-tapak pesisir berhampiran Selat Hormuz walaupun Presiden Donald Trump belum meluluskan sebarang penempatan, lapor Washington Post pada Sabtu.
Sebarang operasi darat dijangka tidak akan membabitkan pencerobohan berskala penuh, sebaliknya membabitkan serangan oleh pasukan operasi khas dan infantri konvensional, menurut laporan yang memetik pegawai tidak dinamakan.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio menegaskan pada Jumaat bahawa negara itu "boleh mencapai semua objektif tanpa tentera darat," tetapi Washington Post melaporkan bahawa perancangan sudah dibuat lebih awal dengan seorang pegawai berkata: "Ini bukan perancangan saat akhir." - AFP





