MIRI: Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka anjuran parti pembangkang semalam tidak menghakis sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13, kata Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Peter Chin Fah Kui. 

Beliau berkata, anggaran kehadiran 50,000 hingga 60,000 peserta pada perhimpunan itu tidak boleh dijadikan ukuran mengenai sokongan yang diterima pembangkang.