Ahad, 16 Mac 2014

CARA GEROMBOLAN KELENTONG




KOMENTAR TUKAR TIUB
lihat dan baca
dalam satu sidang akhbar
dalam satu agenda
dalam satu suara

bagaimana akhbar
united malays national organisation
telah memutar berita

INI DARI 
MALAYSIAN INSIDER
Keluarga mangsa MH370 rasa ada sesuatu yang disembunyikan
Pengumuman terbaru yang dibuat oleh  Najib Razak berkenaan kehilangan MH370 patut dibuat lebih awal bahkan kelaurga mangsa terasa ada sesuatu yang disembunyikan.
Muhammad Razahan dan isterinya Norli Akmar Hamid dalam perjalanan untuk berbulan madu ke China apabila pesawat milik Malaysian Airlines (MAS) hilang semasa perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur awal pagi Sabtu.
Muhammad Razahan, bapa saudara Zulkifli Zakaria dari Perak berkata, selepas lapan hari menunggu, perdana menteri sepatutnya sudah memberi jawapan lebih pasti dan bukannya apa yang diumumkan sebelum ini.
"Saya tidak berasa itu adalah perkara sebenar. Mesti ada sesuatu yang lain. Mereka menyembunyikan sesuatu daripada kami," kata beliau kepada The Malaysian Insider semasa dihubungi melalui telefon tidak lama selepas pengumuman dibuat.
"Kami tidak berpuas hati bagaimana perkara ini dikendalikan," kata Zulkifli.
Beliau berkata, ahli keluarga yang berada di situ bersama dalam bilik di Hotel Everly mendengar pengumuman, kelihatan tidak gembira.

INI DARI UTUSAN MELOYO

Pengumuman PM legakan keluarga

PUTRAJAYA 15 Mac - Setelah lapan hari tiada perkembangan menggembirakan, pengumuman terkini oleh  Najib  Razak hari ini berhubung perkembangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 ternyata memberi kelegaan kepada keluarga.

Bapa kepada salah seorang penumpang, Khairul Amri, 29, iaitu Selamat Omar, 60, menyifatkan pengumuman itu sebagai berita yang di luar jangkaan, secara tidak langsung memberi harapan baharu kepada keluarganya.

"Saya amat berterima kasih dengan pengumuman Perdana Menteri sebentar tadi yang jelas memaklumkan bahawa pesawat itu dapat dikesan.

"Ini menunjukkan pesawat itu dalam keadaan yang baik. Kita amat berharap penumpang semua dalam keadaan selamat," katanya ketika ditemui pemberita selepas menonton pengumuman Perdana Menteri berhubung perkembangan terkini pesawat MH370 di Hotel Everly di sini hari ini.

CISSS…
HIDUP MELAYU
KAH KAH KAH


-----------

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kau baca utusan ke?
kah kah kah kah

DIDI KOTA BELUD berkata...

Mari bertaiori....bull eye kepada skrip ini adalah pakatan rakyat...anwar hanyalah angka no 10 di dalam papan dart ini...ikut umno...kalau hari hari praktis main dart maka bull eye dipapan dart ini akan kena juga suatu hari nanti....mari aku remark satu satu skrip yang tak lengkap ini....kita flash back tarikh bulan march...umno tahu pasti DSAI akan dijatuhkan hukuman...DSAI juga tahu dia akan kedalam kalini...maka strategi gudang garam di pasang...gurih...benar asli dan piau kalau ditelan...umno mencitpa skrip...jatuh hukum ie...kita buat benda world wide ala ala 9/11....kapal dipilih..mh370...pilot dipilih...orang pkr...arahan hanya ke china...kapal f15 dan r16 dihala ke mh370 dan diarahkan berpatah balik tetapi dengan syarat harus mengikut telunjuk kapal f16 ini hingga kesudah...ok selesai kehilangan...kita kembali ke malaysia....canang dipalu..tragedi udara terburuk abad ini...disusuli chake mate nya BN pabila WAWI jadi calon pkr dikajang...segala gong...gendang ubi rebana hinggakan habis segala gendang diborong untuo membuat bising sampai terkeluar bomoh buaya nak tampar si erry...PC dibuat...memang sengaja kelemah itu ditunjukkan agar ANGLO AMERIKA NAMPAK cool dan bergaya dimata dunia...kelemahan ini sengaja dihidangkan....bukan untuk kebaikan malaysian..tapi untuk kebaikan TPPA....semua rescuer SAR walaupun kepala nya najib tapi majoriti adalah geng motor TPPA...maka aku bertiori lagi...tukar tiub mungkin juga salah satu penyebab kejadian malang ini berlaku dimalaysia..kenapa...kerana pencerahan bukan datang kepada yang nak berubah saja...yang tak nak berubah pun terbelajar sama akan idealisme TT ini agar bijak menangani masalah dalaman yang parah kepada malaysian terutama melayu...kulihat tan tafsir...semua terlibat dalam teori DOMINO ini.....alang alang jatuh...biar semua ku bawa jatuh kata najib....sama ada pakatan rakyat atau barisan nasional sekali...dalam kepala botak najib mungkin terselirat idea ini...NAK BINA PERTAHANAN YANG TERBAIK DARI SERANGAN MUSUH...AKU HARUS MUSNAHKAN SEMUA KUBU LAWAN DAN KAWAN...maka tujuannya ..dia menjadi dark vader ..zeus dan underdog yang paling berkuasa....inilah teori aku tentang go kajang but terlompat ke mh 370 I I...tulisan ini adalah keluaran edisi suara keadilan 2024....hehehehehe...baru padan muka kauuuuuuu......

Tanpa Nama berkata...

Jijik la nak baca utusan
Kawan keje utusan yg tunjuk
Dia pon jijik
Kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Mcm mana nak tahu utusan buat lawak kalau x baca utusan.
kahkahkah

foo berkata...

tuan tt...plot drama mh370 ini akan berakhir apabila terbukti anwar yg terlibat..pilot tu mungkin makan upah..alaaaa...mcm ezam...zul nordin..etc etc etc..ataupun pilot tu kena ancam oleh individu2 dalam mh370 tu utk bawak lari pesawat..kahkahakh..agong sial akan masuk campur..pkr diharamkan sebab ada kaitan dengan pengganas..so simple..kahkahkahakhakah..

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama 16 Mac 2014 9:11 PTG...

itu namanya...

benci tapi rindu!

kah kah kah.