Ahad, 16 Mac 2014

SATU TIPU HELAH




KOMENTAR TUKAR TIUB
kita tunggu dan kita nanti
apa yang akan berlaku
siapa lebih ada kuasa

apakah bomoh ada kekuatan melawan
atau
apakah penjual agama ada kekuatan mendakwa

apakah tok bompoh hanya kelentong
atau
apakah penjual agama pun jual kelentong
atau
ini hanya tipu helah
untuk selamatkan khairy jamaluddin

Raja Bomoh bakal berdepan tindakan undang-undang

SHAH ALAM 15 Mac - ’Raja Bomoh’ yang melakukan ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, kononnya bagi membantu usaha mengesan kehilangan pesawat MH370, bakal dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Zaharin Mohd. Saad berkata, tindakan itu akan dikenakan ke atas Ibrahim Mat Zin, 80, jika siasatan JAIS mendapati perbuatannya menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

"JAIS menerima banyak aduan daripada orang ramai, termasuk melalui laman sesawang dan Facebook JAIS, berhubung perbuatan itu.

"Merujuk kepada aduan itu, JAIS sedang meneliti dan menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 7(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor," katanya kepada pemberita di sini.

Rabu laluepas, Ibrahim dilapor melakukan ritual ala-ala ’tikar terbang’ dengan disertai beberapa lelaki memegang dua biji kelapa yang tidak diketahui fungsinya.

Dua hari sebelum itu, Ibrahim turut muncul di KLIA melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing.

Mengulas lanjut, Ahmad Zaharin berkata, pihaknya juga masih melakukan pemantauan di KLIA bagi mengekang kegiatan itu daripada berulang.

Bomoh ni ada power ke
Atau
kelentong
atau
nak selamatkan
khairy jamaluddin

Kah kah KAH

---------

3 ulasan:

Awanama berkata...

malu kat satu dunia... masa ada krisis pm kita pegang ayam satu ringgit... kononnya berjaya membeli ayam dengan hanya satu ringgit... kah kah kah... lepas tu bawa bomoh masuk KLIA... kah kah kah... nak kata jenis manusia tak masuk sekolah.... orang tak masuk sekolah pun tak sebijak ini.... malunya jadi orang malaysia sekarang... kalau tak pandai... bagilah orang lain jadi pemimpin.... kah kah kah... apo nak dikato.... blues kah kah kah

Awanama berkata...

musibah datang pada orang yang ego and salah guna kuasa...spt berlaku di msia skrg...minta hujan api datang... pening

Awanama berkata...

suh pemimpin masuk tadika aka 'back to basic' semula bio cikgu tadika ngajo camne nak pakai otak. otak semua dah berlumut dengan cemar rasuah, salahguna kuasa, zalim dan berperangai tak bertamadun gaya bung kebinatangan. mesia boyeh!