Khamis, 31 Julai 2014

BANGANG MACAM TELOO







KENYATAAN DR ZUHDI MARZUKI, PENGARAH OPERASI PUSAT PENYELIDIKAN PAS ADALAH BERSIFAT PERKAUMAN & MENGKHIANATI PR

Saya sedih dan kesal dengan kenyataan yang dibuat oleh seorang AJK PAS Pusat dan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) iaitu Dr Zuhdi Marzuki yang telah bocor kepada umum. Selepas komunikasiwhatsapp dia itu bocor kepada umum, dia sedikit pun tidak menafikan menulis mesej itu malah cuba memberi pelbagai alasan.

Tidak kiralah apa alasan yang diberikan oleh Dr Zuhdi, kenyataan-kenyataan beliau yang berikut seperti di dalam komunikasi whatsapp tidak boleh dinafikan lagi:

1.      Dia mempertimbangkan untuk PAS keluar Pakatan Rakyat dan bersama-sama Umno dengan menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim. Malah, beliau mempertimbangkan juga supaya seorang ADUN KEADILAN melompat bersama-sama PAS keluar Pakatan Rakyat untuk bergabung dengan Umno demi mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

2.      Dia menyatakan perancangan bagaimana menggunakan kuasa di Selangor hasil dari penggabungan dengan Umno dan PAS itu untuk menekan bukan Melayu. Ayat yang digunakan olehnya bukanlah ayat yang membicarakan kemungkinan (atau senario), tetapi melambangkan sentimen kebencian dan semangat perkaumannya. Dia juga secara tidak langsung menyatakan persetujuan kepada tindakan-tindakan yang diambil JAIS terhadap penganut agama lain setakat ini.

3.      Dia menyatakan perancangan bagaimana menggunakan kuasa di Selangor hasil dari penggabungan dengan Umno dan PAS itu untuk mengubah persempadanan pilihanraya agar berat sebelah dan mengenepikan orang bukan Melayu. Ini satu pengkhianatan besar kepada perjuangan menuntut pilihanraya yang adil dan bersih yang dibawa oleh rakyat, BERSIH, Pakatan Rakyat dan PAS selama ini.

Jelas bahawa pandangan, cadangan dan pertimbangan Dr Zuhdi ini melanggar pelbagai dasar, ketetapan dan perjanjian yang dibuat oleh PAS – baik secara dalaman atau dengan rakan-rakan politik dan NGO lain – seperti berikut:

1.      Bercanggah dengan ketetapan muktamar yang menolak Kerajaan Perpaduan dengan Umno walaupun ada pimpinan PAS yang membawa senario itu

2.      Bercanggah dengan janji PAS yang menandatangani Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang menjunjung keadilan untuk semua kaum dan menolak perkauman sempit

3.      Bercanggah dengan janji PAS yang menandatangani Buku Jingga Pakatan Rakyat yang menggariskan langkah-langkah dasar memberi keadilan kepada semua dan membawa reformasi pilihanraya yang bersih

4.      Bercanggah dengan janji PAS yang menandatangani Manifesto Rakyat Pakatan Rakyat dalam PRU13 yang memberi gambaran jelas komitmen kepada keadilan untuk semua dan pilihanraya yang bersih dan adil

5.      Bercanggah dengan janji PAS yang menandatangani piagam bersama BERSIH2.0 yang memperjuangkan pilihanraya adil yang bersih

Perbezaan pendapat memang dibenarkan di dalam mana-mana organisasi. Namun, pendapat dan sentimen yang dizahirkan oleh seorang Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS ini yang lebih biasa kita dengar dari PERKASA dan ISMA memberi gambaran bahawa masih ada unsur-unsur yang khianat kepada prinsip Pakatan Rakyat di dalam pucuk pimpinan PAS walaupun PAS mendapat laba besar dari kebersamaan di dalam Pakatan Rakyat.

Oleh yang demikian, saya memohon supaya Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS menyatakan pendirian PAS berkenaan perkara ini seperti berikut:

1.      Apakah tindakan disiplin yang diambil ke atas Dr Zuhdi Marzuki yang akan diambil oleh PAS apabila mengutarakan cadangan yang khianat kepada perjanjian yang PAS meterai dengan Pakatan Rakyat dan rakyat yang mengundi PAS/Pakatan Rakyat?

2.      Berapa ramai lagi dari kalangan pimpinan pusat PAS yang berpandangan perkauman dan anti demokrasi seperti ini supaya kita tahu pendirian mereka, bukannya bermuka-muka di depan dan mengutarakan cadangan yang khianat kepada Pakatan Rakyat dalam perbincangan tertutup seperti Dr Zuhdi Marzuki ini?

Saya yakin selama ini bahawa kebersamaan PAS di dalam Pakatan Rakyat yang membawa pendekatan melalui dakwah kepada orang bukan Islam telah banyak membantu meningkatkan syiar Islam. Pendekatan itu melunakkan pandangan banyak orang bukan Islam yang melihat keadilan kepada semua yang dibawa oleh Islam melalui Pakatan Rakyat, selaras dengan sifat Islam yang membawa rahmat ke seluruh alam (rahmatan lil ‘aalamin).

Kenyataan perkauman songsang yang dibawa oleh pimpinan PAS seperti Dr Zuhdi telah merosakkan pandangan bukan Islam terhadap mesej Islam membawa rahmat ke seluruh alam yang dibawa PAS sendiri.



RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan
Pengarah Strategi

29 Julai 2014



--------

17 ulasan:

Awanama berkata...

PAS F(OR)UCK ALL..kahkahkah..agenda Melayu x habis2..

Awanama berkata...

Harap ada tindakan yg akan diambil oleh PAS sebelum kredibiliti PAS akan jatuh merudum dan dipandang serong oleh penyokong2 PR disebabkan parasit2 yg suka main tikam belakang tu...bilalah geng2 ug ni nak berambus dari PAS...

Awanama berkata...

berapa tahun umur doktor mohd zuhdi semasa pas ditendang dari BN oleh UMNO pada tahun 70-an dulu?

Awanama berkata...

Dr zuhdi nie aku rasa dia pakai kepala tsik tak pong kepala butuh utk berfikir.
Hang tolong check mana universitas dia bikin phd?
Seorang pemimpin aliran ugama bole bersifat perkauman yg membenci ugama lain.
Ajaran nabi mans yg dia ikut?
Bikin malu PAS ada pemimpin mcm nie.
Kalu rumah dia dkt dgn rumah aku mau satu tray teloq temelang singgah ke pintu rumah dia

Awanama berkata...

Calon PAS bertanding di kerusi rakan PR pada PRU13. Adakah itu stategi terancang untuk mengurangkan kerusi PKR/DAP supaya kerusi tersebut menjadi milik pada PAS/UMNO? Menanti untuk hari pembelotan.

The tipu sunat of the Trojan Horse

*
**

Awanama berkata...

Rafizi Ramli ini mremang mantap !!!!

Kalau ikut gaya negara orang puteh dengan Management Buy Out nya , Rafizi Ramli sesuai TAKEOVER (ambil alih) PAS dan jadi Presiden PAS (sebagai Organisasi Politik Modern) yang pasti dapat banyak support dari Melayu dan Bukan Melayu di Malaysia.

Apa kah sama kecerdikan DONGKEY dan Rafizi Ramli ???

Tak sama. Yang pertama itu Benggap dengan Pil Keldai nya, dan yang terakhir itu Bijak dengan Otak Rafizi nya.

Eh !!!!! Tuan Guru tak setuju ke ????

Unknown berkata...

Ahli2 DAP tak pernah mengeluarkan statement yang menguris hati org islam & bersifat rasis?

Kau diam yea rafizi!

Awanama berkata...

Ulasan tertutup.. perlu apa pada penjelasan. Cerita dalam spenda orang lain buat apa d jelas...kih...kih. PAS keluar PR..PKR akan disintegrate. ..sekali dengan Azmin..kah..kah

Awanama berkata...

Bagus juga kalu PAS lompat.Lepas lompat terus masuk dalam kain kapan.Sebab rakyat dah tak percaya pada PAS lembu!!!!!kah..kah..kah,,

Harap ada parti islam baru,parti PAS hanyalah parti jual agama.Parti Ajaran Sesat, main kayu tiga dengan musuh,,,babi sial ...............macam umno pe................laq.....kah..kah..kah..

Awanama berkata...

apa haji hadi nak amik tindakan??? dulu nyaris nak kena saman isu pil kuda.. serban tebal jgn otak jadi bebal

Awanama berkata...

Hua. .. Ini betul2 punya marah....

Awanama berkata...

ada banyak kepala.......
kepala lutut....
kepala angin.......
zuhdi....
kepala taik....
kepala butuh....
kah...kah....kah...

Awanama berkata...

bravo mr rafizi.. may god bless u and bro tt.dulu pas umno berkasih gelap..kini tuhan dah bagi cahaya terang..so bole lah pas umno memadu kasih terang2an.sorg vicent sorang lg HAJI vincent..sorang rebat tanah pakai akta mamak kutty sorang haji rebat tanah nama agama buat pusat ngaji kononnya..ni la berkat belaja kat arab..bukan pandai agama tp pandai bwk budaya rasis arab..god bless rafizi n tt..amin

Anti Fitnah berkata...

PAS ... terutama ahlinya seperti Dr Zuhdi... tak tahan daulat. Baru bagi sikit kuasa & kemenangan, dah menyeleweng dari dasar Islam.
Munafikun ada di mana-mana. Paling ramai dalam UMNO. PAS pun tak berkecuali. Kalau orang UMNO bercakap sedemikian, aku tak hairan sebab memang dasar depa memperjuangkan kebangsaan. TAPI bila PAS bercakap pasal kebangsaan, sifat kemunafikun terjelma.
Makin hari makin ramai Melayu menjadi munafikun, fasikun malah dah ramai yang murtad tanpa disedarinya. Jadi apa nak hairan, kalau seorang pemimpin PAS bercakap sedemikian? Munafikun kan selalu berselindung di sebalik tadbir. Hanya masa saja yang menentukan bila masanya akan "meletop".

Awanama berkata...

meh aku nak story kat korang ni ...... apsal suani jadi .... elok2 khalid mb nak tukar .. alasan berjela pasal saham guthire la pasal itu pasal ini la ..... tp sebenarnya adalah KUASA ..... dulu khalil la yg terbaik khalid la yg tererr .... banyak keputusan pentadbiran selangor tak mbyebelahi pakatan ... depa ni pun sama gak cam umno cari makan atas projek .... depa tau duit slangor banyak tp susah nak dpt sbb khalid ni straight .. semua kena ikut law ....

arazak berkata...

Hebat Rafizi, saya tabik spring. Rafizi sudah berani "jentik" Dr. Zuhdi kodi-chekai dan Hadi Awang pakar pil kuda-komunis.

Awanama berkata...

Kajang move yg dicanang rafizi la yg jadi kecoh sampai mcm ni. Cuba baca strategi kajang move di blog gigitankerengga.