Selasa, 16 Jun 2015

KAD TALIPON PUN KENA GST






Kerajaan gagal menunaikan janji hapus GST kad prabayar, PKR akan lancar kempen “kadar sifar GST”
 (zero rated) kad top up.
16 Jun 2015

Semalam, dalam perbahasan RMK11, saya tanya Menteri Komunikasi dan Multimedia kenapa dulu masa SST 6% boleh diserap oleh syarikat telco, tetapi sekarang GST 6% tidak dapat diserap oleh syarikat telco. Saya berkata polisi yang sama boleh diguna pakai. Persoalan ini timbul kerana kerajaan janji GST 6% tidak dikenakan ke atas top up kad. Beberapa menteri pernah membuat janji tersebut. Pendirian saya juga disokong oleh beberapa Ahli Parlimen BN.

Sebelum ini Timbalan Menteri kewangan  Ahmad Maslan berjanji bahawa GST 6% tidak akan dikenakan ke atas top up dan segala masalah akan diselesaikan 30 hari selepas 1hb April. Selepas Menteri KKMM mengambil alih tugas, beliau dalam rancangan Edisi Khas “Suara Kita Hak Kita” yang disiarkan langsung di TV1 berkata,

"Saya bertanya kepada rakyat (pandangan mereka) dan rakyat hendakkan beli (kad prabayar) RM10, bila diaktifkan dapat RM10.

"Sebab itu saya ambil keputusan di sini (mengenai formula itu) oleh kerana ia kehendak rakyat. Saya akan ikut apa rakyat nak," Ini kata-kata menteri.

Tetapi semalam, dalam penggulungan Menteri beliau berkata, beliau tidak berkuasa untuk membolehkan syarikat Telco menerap GST 6%. Dan beliau mengakui bahawa GST memang akan dikenakan ke atas kad top up.

Jawapan Menteri Kommunikasi dan Multimedia sekaligus menghancurkan segala harapan rakyat bahawa GST ke atas kad top up boleh diserap oleh syarikat telco. Ini amat malang sekali kerana kerajaan BN telah menjanjikan kepada rakyat bahawa top-up card tidak akan dikenakan GST. Ini satu pusingan U (U-turn) yang amat besar.

Kami amat kesal kerana ini sekali kerana golongan anak muda, golongan berpendapatan rendah, golongan pesara dan warga emas akan dibebankan dengan GST 6%. Janji kerajaan gagal ditunaikan. Ini menunjukkan janji kerajaan BN tidak ditepati sekali lagi.

Kedua, Menteri sebenarnya mempunyai kuasa untuk menetapkan kadar. Dalam perbahasan kami telah membangkitkan bahawa menteri mempunyai kuasa dan boleh menetapkan kadar yang memihak kepada rakyat seperti dalam seksyen 199 Akta Multimedia dan Komunikasi 1998: 

Penetapan kadar oleh Menteri
199. Walau apa pun seksyen 197, Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, campur tangan secara bebas atau dengan kerap dalam menentukan dan menetapkan kadar bagi mana-mana kemudahan atau perkhidmatan bersaing yang diberikan oleh seseorang pemberi yang disebut dalam subseksyen 197(1) atas sebab yang wajar, atau sebagaimana yang dikehendaki demi kepentingan awam.

Menteri akui mempunyai kuasa, tetapi Menteri enggan berbuat demikian.

YB Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) juga menyuarakan bahawa kenaikan harga kad top up bersama-sama oleh syarikat telco adalah satu pelanggaran seksyen 135 Akta Komunikasi dan Multimedia:

Larangan terhadap pembuatan perjanjian pakatan sulit
135. Seseorang pemegang lesen tidak boleh membuat apa- apa persefahaman, perjanjian atau perkiraan, sama ada boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang atau tidak, yang membuat peruntukan tentang—
(a) penetapan kadar;
(b) perkongsian pasaran;
(c) pemulauan pembekal radas; atau
(d) pemulauan pesaing lain.

Malangnya menteri tidak menjawab persoalan YB Gopeng.

Keputusan kerjaan sekaligus akan meningkatkan keuntungan syarikat telco setinggi RM850 juta. Ini angka yang amat besar. Saya juga melahirkan kekecewaan bahawa Menteri lebih memihak syarikat-syarikat telco daripada membela rakyat yang mengundi beliau ke parlimen.

Dengan keputusan kerajaan ini, Parti KEADILAN tidak ada pilihan lain, maka terpaksa membuat kempen besar-besaran seluruh negara untuk mendesak Menteri Kewangan iaitu YAB Datuk Seri Najib untuk senaraikan kad top up ke senarai kadar sifar (zero-rated).

PKR akan turun padang untuk berkempen semasa bulan Ramadan ke pasar Ramadan dan merata tempat. Kami juga akan berkempen online di www.BantahGST.com dan mesasarkan 200,000 petisyen rakyat. Kami berharap anak muda dan pengguna kad pra-bayar menyertai kempen kami bersama demi berjuang untuk hak dan kebajikan sendiri.

Ini hanya satu-satu caranya boleh meringankan beban anak muda dan golongan berpendapatan rendah yang bergantung kepada kad top up.

Sim Tze Tzin
MP Bayan Baru
Pengarah Strategi Parti KEADILAN




--------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

GOMEN DAH TAK DE DUIT NAK BAYAR BUNGA 1MDB 2,4-2,7BILION SETIAP TAHUN

NANTI SURAU DAN MASJID PON KENA BAYAR BILA NAK SHOLAT

Tandas Tandas Awam sudah kena CAJ bila nak kencing tu sebab bamyak orang kencing tepi jalan

Tahun 2016 pulak tahun orang BERAK CANGKONG TEPI JALAN pulak

HIDUP TUN MAHATHIR !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

pyang berkata...

Kalu xdak kuasa hgpa jgn jd kerajaan la bodo....
(per mean ka ngua)...yg dlm kurungan tu sapa paham good...sapa x paham mak mentri ijau...kahx36