Khamis, 25 Jun 2015

MELAYU KENA TIPU LAGI







SKANDAL PEMBELIAN HARTANAH MARA: SIAPA DAN BERAPA NILAI ATAU JUMLAH HARTANAH YANG TERLIBAT?
Pendedahan eksklusif yang dibuat oleh akhbar Australia The Age yang bertajuk “Corrupt Malaysia money distorts Melbourne market” bukan sahaja memalukan nama baik Malaysia tetapi juga menimbulkan persoalan integriti dan sejauh mana wang amanah rakyat MARA disalahgunakan.
Menurut laporan tersebut, pembelian hartanah The Dudley yang sepatunya berlaku pada harga RM51.5 juta telah dibeli pada harga RM 65.4 juta yang mana lebihan RM 13.8 juta daripada nilai sebenar telah diselewengkan.
Siasatan yang dijalankan oleh National Oversight and Whistleblowers (NOW) terhadap syarikat Thrushcross Land Holding Ltd yang disyaki terlibat dalam transaksi ini mengesahkan bahawa syarikat ini telah didaftarkan di Kepulauan British Virgin (rujuk lampiran). Thrushcross dipercayai dikawal oleh MARA melalui anak syarikat iaitu MARA Inc yang mana salah seorang pengarah utama Thrushcross adalah  Mohammad Lan Allani iaitu pengerusi MARA Inc.
Mohammad Lan Allani adalah seorang pemimpin Barisan Nasional yang merupakan bekas ADUN Sulabayan yang terletak dalam Parlimen Semporna selama dua penggal dan juga bekas pengerusi Kelab Backbenchers Sabah.
Ini menimbulkan pelbagai kecurigaan dan tanda tanya tentang bagaimana wang amanah rakyat terlibat dalam skandal ini.
1.      Mengapa syarikat yang terlibat dalam urusniaga ini iaitu Thrushcross Land Holding Ltd didaftarkan di Kepulauan British Virgin yang terkenal sebagai destinasi untuk berlindung dari cukai? Mengapa ianya tidak didaftarkan terus di Malaysia atau Australia?
2.      Selain daripada The Dudley, benarkah MARA melalui MARA Inc juga dikatakan telah mengadakan pembelian tiga lagi hartanah di Australia iaitu 746 Swanston Street, 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street?
3.      Dan jika benar, adakah jumlah urusniaga 4 hartanah ini menelan belanja RM 244.47 juta dan adakah kesemua urusniaga ini dijalankan pada harga munasabah atau pada harga yang dinaikkan?
Persoalan-persoalan yang dikemukakan ini diharap dapat membantu merungkaikan tuduhan berat yang dilemparkan oleh The Age.
Kami juga menyambut baik komitmen yang diberikan oleh  Najib Razak untuk menyiasat skandal pembelian hartanah oleh MARA.
Sekiranya tuduhan penyelewengan dalam pembelian The Dudley mempunyai asas, Perdana Menteri perlu mengarahkan siasatan menyeluruh termasuk pembelian hartanah-hartanah yang lain yang secara keseluruhannya melibatkan ratusan juta ringgit wang amanah rakyat.
24 JUN 2015
MOHD RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan
Pengarah




--------------

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

berpeloh sapie apdal..

Zack berkata...

Patutlah bila usahawan mohon pinjaman dari MARA asyik tak diluluskan saja. Rupa-rupanya dirembat oleh geng2 UMNO ni.

Tanpa Nama berkata...

ORANG ORANG MELAYU BODOH

BUDAK LANUN SABAH PON DI NGKAT JADI PENGERUSI

ANJING KALAU DAH MAKAN TAiK , MESTI MAKAN TAIK DAN BUAT TAIK PUNYA

Padan lah Orang Orang Sabah sokong BUDAK BAHALOL jadi PM

SEMUA KENCING BER DIRI punya orang , hidup sholat buat main main saja

Orang Orang ini LUPA ingat tak akan KIOK

Mereka hanya TIPU DIRI MEREKA SENDIRI SAJA

HIDUP TUN MAHATHIR !!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Sapa lagi nak tipu melayu, kalu bukan kepala penyamun Umngok Haji Jibbon wasatiyah haramjadah.kah...kah...kah...

Tanpa Nama berkata...

penyamun bugis rupanya..............
darah pencuri bugis..............
cilaka..........

Tanpa Nama berkata...

Melayu kuat mencurik.dari pembesar menteri sampai la ke cikgu besar cikgu kecik.tp nk pesan jugak...pendedahan menteri curik duit ni dah tak heran.harap pakatan baru akan halakan muncung meriam ke penyokong ketuanan pulak.nama,tempat sekolah ke,pejabat do ke,apa berapa ramai yg buat ke.ingat tt.lumpen proletariat ni lifeline ketuanan

Tanpa Nama berkata...

Beginilah Nasib Melayu....siang malam pagi petang kena tipu. Yang kuat menipu Melayu ialah pemimpin Melayu juga. Ini kerana kebodohan orang Melayu dan sikap mereka yang mudah lupa serta jenis tak kisah. Tapi dok kerana bapak rintik , anak pun bintik2lah. Lihatlah 1MDB bagaimana mereka uruskan macam harta mak bapak dia. Beli projek harga tinggi dari nilai pasaran sebab ada kawtim dan wayang rasuah dibelakangnya. Inilah cara Melayu berniaga....memalukan. Sebab itu kita patut rasa malu dengan bangsa asing. Pemimpin dan pegawai Melayu tiada integriti dalam mengurus perniagaan. Sebab itulah ramai Melayu layak jadi kuli sahaja.

azam berkata...

TT kalau nak hasut rakyat kenalah kaitkan rasuah ni dengan
- gst
- BN dah takde duit nak bantu mangsa banjir
- nilai RM susut & harga barang naik
- kerja susah dapat
- pelabur asing lari