Khamis, 25 Jun 2015

HAKIM MAHKAMAH SYARIAH DIPENJARA






KOMENTAR

apa makna berita ini?

lihat dan saksikan
baca dan fahami berita ini

maknanya RASUAH
telah menular luas
rasuah telah merebak
hingga ke mahkamah syariah
hakim mahkamah tinggi syariah
didapati makan rasuah

tidak dapat dibayangkan
bagaiaman di mahkamah rendah


Bekas hakim syariah beraya di penjara

Bekas hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak Hassan Basri Shafie akan menghabiskan waktu di penjara sepanjang Aidilfitri ini.

Pagi ini, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atasnya kerana rasuah.  

Hassan Basri, 61, yang gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan terhadap tujuh tuduhan rasuah, dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman.   

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan dipengerusi Hakim  Mohtaruddin Baki sebulat suara menolak rayuan Hassan Basri atas sabitannya setelah mendapati sabitan itu adalah wajar.  

Mahkamah juga mengekalkan denda RM210,000 dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen.

Hassan Basri bagaimanpun, berjaya dalam rayuannya bagi mengurangkan hukuman penjara dari 10 tahun kepada enam.  

Panel yang turut dianggotai hakim-hakim  Tengku Maimun Tuan Mat dan i Zakaria Sam mengekalkan hukuman penjara antara satu dan lima tahun tetapi mengarahkan Hassan Basri menjalani hukuman serentak, bukan secara berturut-turut.  

Hassan Basri, yang kelihatan tenang bila mahkamah menyampaikan keputusan, diarah memulakan hukumannya hari ini oleh kerana beliau diikat jamin RM105,000 dengan dua penjamin, ketika menunggu pendengaran rayuannya di Mahkamah Rayuan.  

Beliau didakwa meminta dan menerima rasuah daripada dua orang berhubung dua perkahwinan tanpa mengikuti prosedur yang betul, dan bagi pengembalian wang jaminan berhubung pengambilan alkohol dan menggalakkan jenayah maksiat di beberapa lokasi di Perak antara 6 Ogos, 2006 dan 15 Ogos, 2007.

Mahkamah Sesyen di Ipoh mensabit dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi tuduhan pada 14 Dis, 2010.

Hassan Basri gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi yang mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen.

Beliau dipercayai hakim Syariah pertama dihukum kerana rasuah. Hassan Basri diwakili peguam-peguam Afifuddin Ahmad Hafifi dan  Salehuddin Saidin.

Salehuddin berhujah hukuman penjara itu agak melampau dan menggesa mahkamah mengurangkannya.  

Timbalan Pendakwa Raya Saiful Hazmi Mohd Saad dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagaimanapun meminta mahkamah mengambil kira tingkah laku Hassan Basri bila beliau berkata, "Habislah kena tangkap, minta tolong" kepada pegawai yang menangkapnya bila ditahan.


KAH KAH KAH
woit
inilah muka
yang selalu tangkap anak muda
yang selalu hantar anak muda
yang dituduh khalwat
inilah muka yang ngaku
menjadi wakil tuhan
inilah muka
yang ngaku boleh online denmgan allh

PADAN MUKA
----------------

3 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Heran dan banggang pulak den tengok macam mano seekor yang berpangkat bekas Hakim (Syariah pulak tu) kono tangkap, kono onam tahun, sok bilo dah nak mampuih baru keluar. Padan muko ... yang kono ni memang banggang.

Yang den heran, ghamai kengkawan den yang borpangkat, yang kojo gomen gaji antaro tujuh lobih-lobih pun sepuloh ribu, ado banglo banyak bijik di KL/Selangor (bayangkan rumah teres hargo lobih setonggah juta sebijik). Kereto mewah berbiji-bijik. Cuti luar negaro, umrah tah berapo kali. Takdo apo-apo pun, mereko lopeh bebas. Kalau suruh makcik Felda kiro pun dio tau gaji banyak tuu takan bulah punyo harto banyak tuuu. Mungkin pegawai SPRM ni seorang Islam kot.

Tanpa Nama berkata...

Semua hakim mentedarah haram kan

Ini biasa bah

Tanpa Nama berkata...

Tu yg kena tangkap.mana ada makan suap sorang2.macam tu nk hudud?betullah undang2 hanya untuk orang miskin.