Jumaat, 31 Julai 2015

SATU JEMPUTAN




JEMPUTAN


Majlis Pelancaran Buku 'Suara Bicara : Fragmen Memoir Said Zahari'



Tarikh : 2 Ogos 2015, Ahad
Masa : 10:00 am
Tempat : Bangunan LLG
              89 & 91, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur

Tetamu Khas:

Pak Said Zahari, bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, bekas Ketua Umum Parti Rakyat Singapura

Dr. Syed Husin Ali, Pengerusi Pusat Sejarah Rakyat, bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), bekas Timbalan Presiden Parti Rakyat Keadilan (PKR)

Prof. Emeritus Abdul Rahman Embong, Penyunting buku Suara Bicara : Fragmen Memoir Said Zahari

Prof. Mohamad Haji Salleh, Sasterawan Negara

Sdr. Tan Kai Hee, bekas Setiausaha-Agung Parti Buruh Malaya

Sdr. Roesman Said, wakil keluarga Pak Said Zahari

Sdr. KK Lam, wakil kumpulan Monsoons Malaysia

Anjuran Bersama : Pusat Sejarah Rakyat & SIRD

Suara Bicara: Fragmen Memoir Said Zahari (suntingan Abdul Rahman Embong, 2015) merupakan fragmen memoir Said Zahari, dan sekaligus sebuah festschrift atau karya penghormatan untuk beliau. 

Buku ini yang merupakan buku ketiga dalam trilogi beliau meraikan sejarah hidup dan sumbangan besar Pak Said sebagai seorang wartawan veteran dan patriot angkatan lama kepada perjuangan kemerdekaan, kebebasan dan keadilan, serta sebagai lambang nurani kebebasan manusia sejagat. Buku ini memancarkan watak beliau yang penuh optimisme, yang tidak boleh ditundukkan baik oleh penjara, seksaan, dan penghinaan, mahupun oleh penyakit dan usia.

Pertanyaan 03-79-57-83-42

Thanks

Pusat Sejarah Rakyat



----------------

Tiada ulasan: