Rabu, 30 Disember 2015

KAD PRA BAYAR - JANGAN KENA TIPU





KEADILAN menolak Penyelesaian terbaru GST Kad Prabayar oleh Kerajaan UMNO/BN.

29 Disember 2015

Mengikut laporan akhbar, Communication and Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM) telah mengumumkan penyelesaian GST kad pra-bayar telco. Mengikut laporan The Star, syarikat telco akan memberi rebate 6% GST kepada warganegara Malaysia sepanjang tempoh 1 tahun sahaja. Lanjutan rebate selepas 1 tahun belum ditetapkan.

KEADILAN menolak penyelesaian terbaru ini.

Pertama, penyelesaian ini hanya adalah satu penyelesaian sementara sahaja. Kami percaya, ini adalah satu “compromise” antara Kerajaan dan syarikat telco yang cuba menenangkan kemarahan rakyat terhadap janji kerajaan yang tidak ditepati. Selepas 1 tahun, apabila rakyat telah lali dengan GST, rebat tersebut akan ditarik balik dan GST 6% akan kembali ke atas kad pra-bayar telco.

Kad pra-bayar merangkumi 60% daripada jumlah pendapatan syarikat Telco. Dengan mengenakan cukai GST, syarikat-syarikat Telco akan mengaut keuntungan setinggi RM850 juta ringgit setahun. Keuntungan ini terlalu besar untuk dilepaskan oleh syarikat-syarikat telco.

Kedua, isu GST kad pra-bayar telah dibangkitkan sejak 1 April, 2015. Mengikut aduan yang diterima oleh Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Konsumer dan Koperasi (KPDNKK), 44% adalah berkenaan dengan Telco Top Up. Selepas 9 bulan, kerajaan masih gagal untuk mencari penyelesaian yang tetap. Ini cukup memalukan (shameful).

Ketiga, pengumuman ini dilakukan oleh satu NGO tetapi bukan kerajaan sendiri menunjukkan kerajaan tidak berani menghadapi masalah yang cukup serius ini. Adakah tidak ada Menteri yang berani mengumumkan penyelesaian ini kepada rakyat? Adakah mereka takut rakyat marah ke atas mereka kerana ini adalah satu penyelesaian yang sementara?

KEADILAN tolak penyelesaian terbaru daripada kerajaan. Ini amat tidak adil kepada golongan pendapatan rendah, pesara dan orang muda yang percaya kepada janji kerajaan. Selepas 1 tahun, GST 6% kad pra-bayar akan kembali.

Dalam soal GST kad prabayar ini, KEADILAN telah mencadangkan formula meletakkan kadar sifar terhadap kad prabayar. Ini sekali gus akan menyelesaikan masalah dan membantu golongan berpendapatan rendah. Tetapi kerajaan telah menolak cadangan tersebut kerana kerajaan perlukan duit GST tersebut.

Sim Tze Tzin
Pengarah Strategi Parti KEADILAN





----------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cadangan yang lebeh adil untok semua.


Mana-mana pihak yang sokong BN, biarlah mereka saje yang bayar cukai najib tu.

Mana-mana pihak yang sokong PH , tak perlu bayar cukai sial tu.

Harap Maklum.