Selasa, 14 Mei 2019

JUAL BELI SENJATA SARANG RASUAH






MAT SABU

 AWAS

JUAL BELI SENJATA

SARANG RASUAH

SPRM reman CEO, CFO syarikat, siasat rasuah beli senjata ATM


AGENSI anti rasuah menahan dua pegawai kanan sebuah syarikat bagi membantu siasatan dakwaan rasuah dalam urusan pembekalan peralatan kenderaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata sumber.

Dua yang ditahan ialah ketua pegawai eksekutif bergelar Datuk dan ketua pegawai kewangan syarikat yang terlibat dalam urusan pembekalan peralatan kenderaan bernilai lebih RM17 juta.

Menurut sumber, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10 malam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya manakala wanita berusia 53 tahun itu pula ditahan kira-kira pukul 11.50 malam di lokasi sama ketika memberi keterangan semalam.

“Kedua-dua suspek disyaki telah menerima wang rasuah berjumlah ratusan ribu ringgit dari beberapa syarikat berkaitan penganugerahan projek pembekalan peralatan kereta perisai AV8 dan Adnan sekitar 2014 hingga 2017,” kata sumber.

Majistret Shah Wira Abdul Halim hari ini membenarkan kedua-dua suspek ditahan reman selama empat hari sehingga Khamis.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

“Kita turut menyita wang tunai berjumlah kira-kira RM100,000 serta dokumen-dokumen berkaitan projek tersebut.

“Beberapa saksi juga telah dipanggil hari ini dan kemungkinan lebih ramai lagi akan dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM iaitu kesalahan menerima suapan. – 13 Mei, 2019



JANGAN LUPA

RAZAK BAGINDA


--------------------

2 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Dah setahun PH merintah Razak Bagindo masih enjoy dgn kamsen RM500,000,000.00 nye. Kapalselam entah kemana. Saya cadangkan untuk jimat belanja dan elak rasuah elok Mat Sabu tubuhkan angkatan Tentera Berparang Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Mampos kau YB-YB kaki makan rasuah. YB-YB dan calon Pilihan Raya wajib isytihar harta sekarang. Mamposlah kau YB-YB yang makan rasuah. Mampos terus lagi bagus untuk negara. Jangan tinggal anak pinak lagi. Hahaha.