Khamis, 8 Ogos 2019

LARI LARI LARI








LARI

LARI

CABUT

Peguam kanan Najib berundur


BEBERAPA peguam kanan Najib Razak tidak lagi mewakili bekas perdana menteri itu dalam perbicaraan tuduhan jenayah ke atasnya melibatkan kes SRC International Sdn Bhd, kata sumber.

Antaranya bekas peguam cara negara II Mohd Yusof Zainal Abiden dan Kamarul Hisham Kamaruddin.

Seorang anggota pasukan peguam bela Najib mengesahkan pengunduran mereka kepada The Malaysian Insight. Katanya, mereka tidak lagi terlibat aktif dalam perbicaraan kes yang bermula sejak 3 April lalu.  

“Datuk Yusof, Datuk Kamarul dan pembantu mereka tidak terlibat dalam prosiding mahkamah kes SRC yang sekarang sudah sampai ke hujung kes pendakwaan.

“Tetapi kami terus berhubung dengan mereka mengenai aspek teknikal kes sebelum penghujahan akhir,” kata peguam itu kepada The Malaysian Insight.

Ditanya kenapa mereka mengundur diri dari pasukan pembelaan, peguam itu berkata ia rahsia antara peguam dan Najib sebagai anak guam. Beliau enggan mengulas lanjut.

Kerahsiaan antara peguam dan anak guam adalah prinsip hubungan dan komunikasi yang dihormati dan dipelihara dalam profesion perundangan.

The Malaysian Insight cuba menghubungi peguam yang terlibat.

Mereka yang bersama-sama Yusof ialah Chong Loong Men, Devanandan S Subramaniam dan Tiara Katrina Fuad.

Peguam kanan itu mula tidak kelihatan di mahkamah sejak dua minggu lalu selepas perbicaraan ditangguhkan pada 24 Julai kerana tiada peguam kanan untuk melakukan pemeriksaan balas ke atas saksi pendakwa Joanna Yu.

Yusof menyertai pasukan peguam belas Najib selepas Harpal Singh Grewal dan M Athimulan menarik diri pada 22 Mei tahun lalu, hanya beberapa jam sebelum bekas perdana menteri disoal siasat oleh agensi anti rasuah di Putrajaya.

Yusof selepas itu menarik diri sebulan kemudian tetapi kembali menyertai pasukan pembelaan ketika perbicaraan kes SRC International bermula pada April lepas.

Najib pada masa itu diwakili beberapa orang peguam diketuai Muhammad Shafee Abdullah.

Selain nama-nama di atas, peguam lain ialah Harvinderjit Singh, Farhan Read, Muhammad Farhan Shafee, Wan Aizuddin Wan Mohammed, Rahmat Hazlan, Nur Syahirah Hanapiah dan Zahria Eleena Redza.

Kes pendakwaan kini masuk hari-hari akhir dengan tinggal hanya seorang saksi yang belum dipanggil. Kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan kemudian akan membentangkan hujah penutup, yang dijangka selesai sebelum 15 Ogos.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali kemudian akan memutuskan ada atau tidak kes prima facie terhadap Najib.

Kalau ada kes, Najib akan diperintah membela diri dan pihak pembelaan akan memanggil saksi untuk memberikan keterangan.

Isnin lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan perbicaraan satu lagi kes terhadap Najib yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad dimulakan pada 19 Ogos ini.

Shafee memberitahu mahkamah pihaknya mahu perbicaraan kes SRC International diselesaikan dahulu sebelum kes satu lagi itu bermula.

Kes SRC International melibatkan pinjaman kerajaan sebanyak RM4 bilion kepada syarikat itu pada 2011 dan 2012, yang kemudiannya didakwa diselewengkan oleh Najib apabila RM42 juta masuk ke akaun peribadinya pada 2014 dan 2015.

Najib berdepan tiga tuduhan pecah amanah, tiga tuduhan mengubah wang haram dan satu kes salah guna kuasa.

Beliau juga ada 25 kes jenayah lain melibatkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion. Kes itu akan dibicarakan di depan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah. – 8 Ogos, 2019.


BILA KAPAL

NAK TENGGELAM

SEMUA TIKUS

CABUT LARI
KAH  KAH KAH




------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Baru sekarang tahu bahawa pendekar bugis tu optimus prime rupenyerr.

pyang berkata...

Bnyk sunnguh peguam pembela MuSebat..ehhh silap..musibat