Sabtu, 11 April 2020

KLUSTER TABLIGH GENERASI 5







KLUSTER TABLIGH

BERJANGKIT

KE GENERASI 

KE LIMA

1,720 kes positif Covid-19 adalah kluster tabligh Seri Petaling

SEORANG daripada 12 peserta atau kontak rapat tabligh Seri Petaing diuji positif Covid-19, dedah data Kementerian Kesihatan hari ini.

Ini berdasarkan 1,720 kes positif daripada 19,96 sample yang diuji setakat tengah hari tadi.

Jumlah keseluruhan sampel kluster itu yang sudah diambil adalah 22,516 tetapi 2,620 sampel masih menunggu keputusan ujian.

Baki 18,176 lagi pula disahkan negatif.

Data itu berkaitan kluster terbesar jangkitan Covid-19 di negara ini yang melibatkan himpunan tabligh tiga hari dua malam di Masjid Seri Petaling pada 27 Februari sehingga 3 Mac.

Jumlah kes positif kluster itu adalah hampir 40% daripada keseluruhan kes sah di Malaysia setakat ini.

Kes indeks kluser tabligh direkodkan sebanyak 766 kes, daripada jumlah itu, 715 kes adalah kes generasi pertama.

Manakala kes generasi kedua adalah 206, kes generasi ketiga (19), kes generasi keempat (7) dan untuk generasi kelima tujuh kes dilaporkan.

Dianggarkan hampir 16,000 orang menghadiri himpunan tabligh itu melibatkan peserta dalam dan luar negara.

Malaysia hari ini melaporkan tiga lagi kematian, membawa kepada jumlah korban wabak kepada 70 orang.

Bagaimanapun, kes jangkitan baharu hanya 118 kes, berbanding 222 kes dilaporkan pulih.

Jumlah pesakit yang pulih kini mencapai 1,830 orang.

Jumlah kes sah sekarang naik kepada 4,346.

Kes baharu hari ini adalah yang kedua terendah dilaporkan sejak perintah kawalan pergerakan dikuatkuasa pada 18 Mac.

Kes terendah dilaporkan berlaku pada 24 Mac dengan 106 kes. – 10 April, 2020.


ANGKA SERANGAN

DILIHAT MAKIN

MENURUN

AMIN

Tiada ulasan: