Sabtu, 11 April 2020

SERANGAN BERTERUSAN







SERANGAN

BERTERUSAN

Lebih 100,000 nyawa terkorban, Covid-19 terus mengganas

SEORANG lelaki tempatan berusia 61 tahun dari Wuhan, China dicatatkan sebagai individu pertama meninggal dunia akibat Covid-19 pada 9 Januari lalu.

Kini selepas tiga bulan setakat 10 April, lebih 100,000 orang di seluruh dunia menjadi korban akibat virus maut ini.

Angka kematian pada awalnya dicatatkan di benua Asia kemudian disusuli Eropah dan kini Amerika Syarikat (AS) pula bergelut untuk mengekang wabak itu yang memaksa hampir seluruh umat manusia berkurung di rumah.

Walaupun pelbagai langkah dilaksanakan, angka kematian masih naik mendadak di seluruh dunia dengan purata kurang 500 sehari pada pertengahan Mac dan kini mencecah hampir 7,500 kematian sehari.

Dalam tempoh lapan hari lepas, lebih banyak kematian berlaku berbanding 84 hari sebelumnya.

Secara keseluruhan, sekurang-kurangnya 100,859 orang mati akibat Covid-19 setakat Jumaat manakala lebih 1.6 juta kes rasmi direkodkan di 193 buah negara dengan 335,900 disahkan pulih.

Angka-angka tersebut yang dikumpul AFP daripada pihak berkuasa seluruh negara dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mungkin hanya sebahagian daripada jumlah sebenar kes jangkitan.

Kebanyakan negara hanya menguji kes yang paling serius dan ada negara yang tidak menjalankan ujian sariang secara besar-besaran seperti di Afrika kerana kekurangan sumber.

Sebagai contoh, di Perancis, kematian di rumah-rumah orang tua tidak dikira sehingga 2 April dan jumlah kematian di negara itu perlu dikira semula.

Beberapa negara lain seperti Sepanyol juga diragui jumlah kematian Covid-19 kerana mangsa yang meninggal dunia di rumah tidak dikira.

Dengan 70,270 kematian daripada 857,822 kes, masing-masing menyami 70% dan 50% daripada jumlah keseluruhan di seluruh dunia, Eropah menjadi benua paling teruk terjejas akibat pandemik itu.

Pada 22 Mac lalu, benua itu mencatatkan kurang daripada 10,000 kematian.

Namun angka itu meningkat pantas dalam tempoh 11 hari apabila jumlah kematian naik berganda.

Hampir setiap tempat di Eropah, rumah mayat tidak mampu menampung jumlah mangsa yang meninggal dunia.

Itali dan Sepanyol mrupakan dua negara Eropah paling teruk terjejas dengan masing-masing mencatatkan 18,849 dan 15,843 kematian.

Namun masih ada sinar untuk dua negara itu apabila jumlah kes jangkitan dan angka korban mulai turun sejak beberapa hari lalu.

Dalam tempoh 24 lepas, Itali mencatatkan 570 kematian dan 605 di Sepanyol.

Tetapi situasi semakin buruk di Britain dengan catatan 980 kematian dalam tempoh 24 jam manakala Belgium merekodkan 496 kematian dalam tempoh sama.

AS kini menjadi lokasi utama penularan wabak itu apabila jumlah kes jangkitan sudah melebihi Itali dengan catatan lebih 160,000 kes setakat Jumaat.

Di New York saja, 93,000 kes jangkitan direkodkan.

AS menjadi negara kedua paling banyak kematian selepas Itali dengan 18,002 kematian. – AFP, 11 April, 2020.


IKUT ARAHAN

UNTUK 

KESELAMATAN

KITA BERSAMA 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masa bayar sudah sampai, segala kemungkaran segala kejahatan segala ketidak adilan terhadap manusia, Binatang, akan bayar balik, corona ini bukan virus yang bawa kematian, ini virus membawa kesedaran,bawa kebaikan supaya manusia jangan ego, jangan tamak, jangan meluat , jangan tindas orang, jangan sombong, sebab nya mudah, Amerika hantar manusia ke bulan, ke marikh ke planet planet, tetapi satu virus kerdil telah menghambakan dunia kah kah kah, sedar lah wahai manusia, tiada apa boleh bawa, emas wang berlian beg tangan kasut emas apa pun tak boleh bawa, hanya selagi nyawa ada, maka itu minta semua pemimpin umno yang curi duit negara, pulang balik kepada orang susah, beg tangan jual balik kepada orang kaya, kah kah kah