Rabu, 2 Disember 2020

SELANGOR SABAH JOHOR DALAM BAHAYA

 



AWAS


Selangor, Sabah dan Johor penyumbang terbesar kes baharu Covid-19

MALAYSIA hari ini melaporkan 851 kes baharu Covid-19 dengan Selangor, Sabah dan Johor menyumbang sebahagian besar jangkitan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Lembah Klang mencatatkan 334 kes dengan Selangor merekodkan 249 jangkitan baharu, Sabah (229) dan Johor (102).

Jangkitan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan berjumlah 68,020 dengan 10,686 kes aktif.

Bagi kes pulih, seramai 658 individu dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh 24 jam terakhir menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih sebanyak 56,989.

Terdapat juga dua kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian akibat virus itu seramai 365 orang. – 2 Disember, 2020.



KITA

JAGA

KITA

Tiada ulasan: