Rabu, 2 Disember 2020

AMANAH WAJIB BERSABAR

 


 AMANAH WAJIB

BERSABAR

TUNGGU BACAAN

AKHIR BUJET

PADA 15/12/2020

NANTI 

AMIN

 SEKARANG 

WAJIB ATUR 

WAJIB SUSUN 

APA NAK BUAT 

SEBELUM 

BACAAN AKHIR

AMIN

Amanah tunggu Anwar 

kotakan janji 7 hari, 

kata sumber

AMANAH setuju memberi peluang kepada Anwar Ibrahim untuk mengotakan janjinya menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam tempoh tujuh hari seperti yang beliau minta selepas Pakatan Harapan (PH) gagal menolak Belanjawan 2021 di peringkat dasar minggu lalu, dedah sumber dalaman parti.

Persetujuan dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pimpinan nasional parti pada Ahad malam, kata sumber.

Pucuk pimpinan Amanah juga memutuskan Majlis Presiden PH perlu bermesyuarat selepas tempoh tujuh hari berakhir Khamis ini, untuk menetapkan hala tuju gabungan itu, tambahnya.

“Ada perbezaan pendapat mengenai tindakan selepas tujuh hari itu, tetapi keputusan sebulat suara untuk tunggu tempoh 7 hari seperti dijanji oleh Anwar,”  kata sumber kepada The Malaysian Insight, dengan syarat namanya tidak didedahkan.

The Malaysian Insight difahamkan mesyuarat khas jawatankuasa pimpinan nasional Amanah dipanggil selepas blok pembangkang tidak sepakat semasa pengundian Belanjawan 2021 di peringkat dasar pada Khamis lepas.

Seorang sumber lain berkata mesyuarat diadakan atas desakan ahli jawatankuasa pimpinan yang mahu penjelasan daripada pucuk pimpinan parti mengenai kekeliruan di Dewan Rakyat semasa pengundian Belanjawan 2021 peringkat dasar pada minggu lalu.

“Mesyuarat tersebut membincangkan apa jadi di Parlimen dan semasa mesyuarat PH pada Khamis lepas.Turut dibincangkan apa reaksi dan tindakan Amanah,” jelas sumber.

Mesyuarat juga memutuskan untuk menolak cadangan belanjawan kerajaan di peringkat jawatankuasa, tambahnya.

Menurut sumber, mesyuarat dua jam pada Ahad malam dipengerusikan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Beberapa ahli parlimen PKR dan DAP yang tidak dinamakan sebelum ini dipetik mendedahkan Anwar meminta tempoh tujuh hari untuk membuktikan beliau ada sokongan majoriti di Dewan Rakyat, atau akan letak jawatan sebagai ketua pembangkang dan pengerusi PH.

Seorang sumber lain dari Amanah juga mengesahkan maklumat sama kepada The Malaysian Insight.

Dalam pada itu, selain Amanah, Parti Warisan Amanah juga “menghantar isyarat” mempersoalkan kepimpinan Anwar apabila kesemua lapan ahli parlimennya termasuk presiden parti Mohd Shafie Apdal sepakat tidak menyertai perbahasan dan pengundian Belanjawan 2021 di peringkat jawatankuasa yang bermula semalam.

“SD masih ada”

Sementara itu, sumber Amanah juga mendedahkan Anwar mendakwa beliau masih ada sokongan yang cukup untuk menukar kerajaan, melalui akuan berkanun yang beliau kumpul pada Oktober lalu.

“Masa mesyuarat di Parlimen hari itu Anwar mendakwa semua SD yang beliau pegang itu masih lagi valid (boleh pakai),” katanya.

Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 13 Oktober untuk mempersembahkan bahawa beliau ada sokongan yang “kukuh dan meyakinkan” untuk dilantik sebagai perdana menteri menggantikan Muhyiddin Yassin.

Ditanya mengenai masa depan Amanah dan sama ada mesyuarat membincangkan agar parti itu keluar dari PH, sumber berkata perkara itu ada dikemukakan sebagai satu pilihan.

“Bagaimanapun semua setuju bahawa Amanah patut kekal dalam PH.

“Rata- ratanya mood dalam mesyuarat mahu PH memikir, merombak semula strategi dan menawarkan (pimpinan) muka baharu selepas tujuh hari itu,” katanya.

Kesepakatan dalam Pakatan Harapan dipersoalkan selepas pihak pembangkang gagal mendapat sokongan 15 ahli Parlimen untuk undian belah bahagi semasa Belanjawan 2021 diputuskan pada peringkat dasar di Dewan Rakyat pada Khamis lepas.

Beberapa ahli parlimen PH mendedahkan Anwar memberi arahan pada saat akhir supaya Belanjawan 2021 dibiarkan lulus, biarpun ada keputusan Majlis Presiden PH agar sehari sebelumnya supaya cadangan kerajaan ditolak secara undian belah bahagi

Arahan saat akhir Anwar di Dewan Rakyat mencetuskan kekeliruan apabila pada masa sama, Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar dari Amanah mengusulkan undian secara belah bahagi.

Enam ahli parlimen Amanah menyokong undi belah bahagi bersama empat wakil rakyat Pejuang diketuai Dr Mahathir Mohamad, dan masing-masing seorang dari DAP, PKR dan Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub kemudian meminta maaf kepada ahli parti kerana duduk semula setelah awalnya berdiri untuk menyokong usul undi belah bahagi. 

Katanya, beliau duduk semula kerana menghormati presiden parti yang menerima arahan daripada Anwar untuk membiarkan Belanjawan 2021 lulus di peringkat dasar.

Beberapa pemimpin PH dari ketiga-tiga parti Amanah, DAP dan PKR kemudian cuba menjelaskan sama ada secara undian belah bahagi atau undian suara, pendirian ahli parlimen PH tidak berubah iaitu menolak Belanjawan 2021.

Pada Ahad, sekumpulan 55 pemimpin muda Amanah mengeluarkan satu kenyataan meminta pucuk pimpinan parti mengambil pendirian dan menentukan hala tuju politik susulan keputusan sepihak Anwar, yang dianggap membelakangkan keputusan awal Majlis Presiden PH untuk mengusulkan undi belah bahagi. – 2 Disember, 2020.


 KALAU GAGAL

MAKA WAJIB

CARI MUKA BARU

AMIN

ATAU WAJIB

MENGGALANG 

BARISAN BARU

AMIN

POLITIK ADALAH

SENI SERBA 

MUNGKIN

AMIN



Tiada ulasan: