Rabu, 2 Disember 2020

PENDATANG HARAM

 



MASUK CARI

KERJA DI MALAYSIA

BUKAN SATU

KESALAHAN

AMIN

TENAGA MEREKA

DIPERLUKAN

AMIN

YANG BAHAYA

IALAH MEREKA

MASUK TANPA

KURANTIN

AMIN

IKUT LORONG TIKUS

MEREKA MUNGKIN

JADI PEMBAWA 

WABAK TIKUS  

INI YANG BAHAYA 

DATANG CARI KERJA 

TAK BAHAYA


AMIN



Sembilan PATI Indonesia dicekup cuba masuk negara secara haram

KUALA LUMPUR – Sembilan pendatang asing tanpa izin warga Indonesia ditahan tentera kerana menceroboh masuk ke dalam negara melalui laluan perairan secara tidak sah.

Kesemua individu itu ditahan antara jam 2.20 pagi hingga 8.15 pagi hari ini dalam Op Benteng di kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged).

Menurut kenyataan Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen), pencerobohan itu dikesan selepas pihaknya menerima makumat pada jam 1.20 pagi daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan anggota petugas Pos Pemerhati.

“Mereka memaklumkan terdapat pergerakan bot yang mencurigakan sedang menghampiri kawasan persisiran pantai Ladang Sungai Tengah 1, Bandar Penawar, Johor.

“Pada 2.20 Pagi, pasukan telah mengatur gerak pasukan Tindakan Pantas (Tim Quick Reaction Force (QRF) untuk mengesan dan mengepung kawasan berkenaan sebelum hasil serbuan berjaya menahan 8 PATI,” kata markas dalam kenyataan tersebut.

Tambahnya, hasil penjejakkan di sekitar kawasan berkenaan membolehkan  lapan individu ditahan dan seorang lagi PATI ditahan ketika bersembunyi di hutan berhampiran Ladang Sungai Tengah.

Menurutnuya, kesemua individu yang ditahan adalah warga Indonesia yang terdiri daripada tujuh lelaki dan dua perempuan berusia antara 24 hingga 45 tahun.

“Mereka dipercayai baru sahaja tiba ke negara ini melalui jalan yang tidak sah (jalan tikus).

“Nilai rampasan keseluruhan tangkapan dianggarkan berjumlah RM14,231.36 iaitu melibatkan wang tunai RM1,123.85 dan IDR8,901,300 (RM2,588.81) bersama tujuh buah telefon bimbit, jam tangan dan barang kemas,” katanya.

Tambahnya, kesemua PATI itu ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia manakala laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai mengenai tangkapan itu. – MalaysiaGazette

AKHIRNYA

KITA SESAMA

DALAM BAHAYA

AMIN

PECARI KERJA 

BAWA VIRUS

UNTUK SEMUA

AMIN



Tiada ulasan: