Khamis, 26 Ogos 2021

HARI HARI AKHIR SAEKOR PERIKATAN

 


PENG ANAL

TIDAK FAHAM

KAH KAH KAH

INI KERAJAAN

SYARATTON

KAH KAH KAH

SABRI AKAN

IKUT SYARAT

KALAU NAK

SELAMAT

KKALAS




Belum tentu Perikatan ada nyawa selepas PRU15, kata penganalisis


RUNDINGAN kerusi dan hubungan rapuh dengan Umno antara faktor penentu nasib Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata penganalisis politik.

Masa depan gabungan itu akan banyak bergantung pada cara Muhyiddin Yassin mengemudi hubungan PN dengan Umno, serta PAS yang juga komponen gabungan itu, kata Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar.

“Sekarang ini bergantung pada kedudukan Umno. Kalau tiga parti Melayu (Umno, Bersatu, dan PAS) tidak berpecah, PN boleh bertahan selepas PRU15.

“Saya bayangkan keadaan ini sukar untuk dicapai kerana pendirian politik Umno, yang menyebabkan Muhyiddin tersingkir sebagai perdana menteri,” katanya.

Hisomuddin merujuk tindakan 14 ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan kepada Muhyiddin awal bulan ini sehingga membawa kepada peletakan jawatannya sebagai perdana menteri pada 16 Ogos.

Menurut Hisomuddin, hala tuju PAS juga masih belum jelas ketika parti Islam itu kini menganggotai PN tetapi pada masa sama menjalin kerjasama dengan Umno dalam Muafakat Nasional (MN).

“Adakah PAS akan kekal dengan Bersatu atau memilih untuk mengukuhkan hubungan dalam Muafakat dengan Umno. Petunjuk ini perlu dilihat.

“Kalau PAS dan mana-mana komponen PN setia dan kekal dalam gabungan itu, PN boleh terus hidup. Kalau ada yang keluar, PN akan terkubur,” kata Hisomuddin kepada The Malaysian Insight.

Muhyiddin, 74, jadi perdana menteri pada Mac 2020 selepas membawa Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan (PH) sementara pada masa sama sekumpulan ahli Parlimen PKR keluar parti.

Perkembangan itu membawa kepada peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan jatuhnya pentadbiran PH, yang digantikan sebuah kerajaan baharu pimpinan Muhyiddin.

Muhyiddin bagaimanapun tidak dapat sokongan penuh Umno yang tidak berpuas hati kerana menganggap pimpinan parti itu diketepikan daripada jawatan utama. Umno juga menganggap dipermainkan oleh Bersatu dan PN dalam pilihan raya negeri Sabah.

Kemuncaknya, sekumpulan ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri sehingga terpaksa letak jawatan, lebih 17 bulan selepas menerajui sebuah kerajaan yang rapuh.

Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob kemudian dilantik perdana menteri oleh Yang di-Pertuan Agong selepas mendapat sokongan majoriti 114 ahli Parlimen melalui surat akuan bersumpah.

Menurut Hisomuddin walaupun Muhyiddin dan Bersatu menyokong Ismail Sabri, ia bukan petunjuk Bersatu dan Umno sudah mencapai kata sepakat menuju pilihan raya umum akan datang.

“Cabaran utama Bersatu dalam PRU15 ialah mempunyai strategi untuk bertanding cukup kerusi yang boleh mereka menang.

“Rundingan kerusi mungkin susah sebab sekarang Barisan Nasional (BN) yang kawal kerajaan. Umno tentu akan menguasai rundingan terutamanya kerusi parlimen di kawasan majoriti Melayu.

“Bersatu dan PAS perlu ada jumlah kerusi yang cukup untuk pastikan mereka terus relevan selepas PRU15.

“Kalau PN gagal untuk berunding dan kemudian bersaing dengan Umno, PN akan susah hendak pertahan pencapaiannya sekarang dalam pilihan raya akan datang,” tambah Hisomuddin.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis Oh Ei Sun berkata PN sekarang bukan lagi pembuat keputusan utama, biarpun beberapa pimpinan parti menegaskan kerajaan Ismail Sabri hanya bertukar perdana menteri dan masih lagi kerajaan PN.

Katanya, walaupun PN masih sebahagian daripada kerajaan, ia bukan lagi jadi teraju.

“Mereka sekarang duduk di kerusi penumpang. Itu bezanya sekarang, sampailah pilihan raya akan datang,” katanya.

Oh juga percaya Umno tidak akan mudah menyerahkan kerusinya untuk ditandingi oleh Bersatu.

“Kalau boleh menang buat apa beri kepada PN atau Bersatu?

“Malangnya Bersatu bukan parti dengan akar umbi yang kuat. Umno akan kata mereka yang lebih ada jentera akar umbi dan kerana itu mereka yang patut bertanding (bukannya Bersatu,” tambahnya.

Atas sebab itu, Oh kurang optimis PN akan terus bernyawa selepas PRU15.

Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sabah Dr Lee Kuok Tiung pula berpendapat PN perlu mengukuhkan gabungannya untuk kekal relevan.

PN pada masa ini dianggotai Bersatu, PAS, dan Gerakan serta dua parti di Sabah iaitu  iaitu Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (Star) dan Parti Progresif Sabah (SAPP).

Selain Bersatu dan PAS, semua parti lain dianggap tunggul mati.

“Gerakan dan SAPP kalah teruk dalam PRU14.

“Jadi PN perlu kukuhkan gabungannya dengan misalnya Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS),” katanya.

GPS dan PBS mendukung kerajaan PN pimpinan Muhyiddin dan meneruskan sokongan kepada Ismail Sabri.

PN juga kurang pimpinan barisan kedua yang boleh menggantikan pemimpin utama, tidak seperti Umno.

“Masalah utama Umno ialah pemimpinnya yang ada kes di mahkamah dilihat sebagai beban untuk parti bergerak maju,” tambah Lee. – 26 Ogos, 2021.

BERSATU AKAN

TERBARAI JIKA

AZMIN TAK JADI

TIMBALAN SABRI

KAH KAH KAH

INI JUGA

SYARAT NYA

KAH KAH KAH



1 ulasan:

Nazrio berkata...

Abang nong sudah pukuL teLepon zahid midi rancang satu batu bunuh byk burung ....kaLi ni tong mader jatuh midin jatuh jemin jatuh ...byk burung jatuh sebab teori M A i L [Mat sabu+ Anwar+ Mail sobri +Lge] habih dah masa tong Madey