Khamis, 31 Mac 2022

NAJIB LUPUS LAPORN AUDIT

 

JAWABNYA

HANTAR KE JIL

KHALAS


Laporan audit 1MDB yang diberi bukan draf, kata saksi

PIHAK pembelaan dalam perbicaraan kes pindaan laporan akhir pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Najib Razak menegaskan bahawa tidak pernah ada dua versi laporan audit 1MDB, tetapi hanya draf dan salinan akhir.

Peguam utama Najib Muhammad Shafee Abdullah membuat hujahan itu semasa pemeriksaan balas saksi pendakwaan ke-12, bekas Ketua Audit Negara Dr Madinah Mohamad.

Madinah, 66, yang memegang jawatan itu bermula 20 Februari 2017 hingga 22 Februari 2019, disoal oleh peguam itu sama ada terdapat dua versi laporan audit 1MDB, yang beliau menjawab ya, iaitu versi asal dan dipinda.

Muhammad Shafee: Terdapat dua laporan akhir (audit), tetapi ada laporan lain iaitu draf, yang mana satu yang diserahkan kepada anda (oleh Timbalan Pengarah Jabatan Audit Negara Nor Salwani Muhammad).

Madinah: Yang diberikan kepada saya bukan draf tetapi ia adalah laporan yang sepatutnya dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dua hari kemudian.

Sebelum ini, Madinah memberi keterangan bahawa beliau juga diberitahu oleh Nor Salwani bahawa Laporan Audit 1MDB telah dicetak dua kali iaitu pada awal 2016 dan pada 2 Mac tahun yang sama.

“Laporan yang dicetak pada awal 2016 adalah laporan akhir yang akan dibentang kepada PAC pada 24 Februari 2016. Bagaimanapun, kandungan laporan ini telah ditukar dengan menggugurkan beberapa perenggan di dalamnya melalui mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu Dr Ali Hamsa pada 24 Februari 2016,” tambah beliau.

Bagaimanapun, Muhammad Shafee berkata saksi itu mungkin tersalah anggap apabila beliau menyangkakan laporan awal yang dicetak pada awal 2016 adalah versi pertama.

Muhammad Shafee: Saya mencadangkan kepada anda, apabila pembetulan dibuat pada salinan bercetak bertanda watermark, dan kemudian versi yang diperbetulkan dicetak semula untuk diserahkan…yang lebih awal dianggap sebagai draf.

Madinah: Ia boleh jadi begitu.

Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukan beliau ketika itu untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir pengauditan 1MDB sebelum dibentangkan kepada PAC, untuk mengelak sebarang tindakan diambil terhadapnya, manakala bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, 45, didakwa bersubahat dengan Najib membuat pindaan bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada dikenakan tindakan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 22 dan 26 Februari 2016.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 23(1) serta 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

BUKAN SAJA

MENCURI

KAH KAH KAH

BILA DAH KANTOI

CUBA LUPUS

BUKTI

AMIN


Tiada ulasan: