Khamis, 31 Mac 2022

BERITA BAIK UNTUK KHEMAH BESAR

 



Muhyiddin jumpa Dr Mahathir untuk tawar kerjasama, kata Pejuang

PEJUANG mengesahkan pengerusinya Dr Mahathir Mohamad bertemu Muhyiddin Yassin selepas presiden Bersatu tersebut menawarkan untuk bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir berkata Muhyiddin menghubungi Dr Mahathir bagi mengadakan pertemuan itu yang seterusnya berlaku dua minggu lepas.

“Muhyiddin ada ada datang jumpa Dr Mahathir dua minggu lepas selepas PRN Johor. Beliau sendiri yang mohon untuk jumpa dan Dr Mahathir setuju untuk berjumpa,” katanya.

Bagaimanapun Pejuang masih belum membuat keputusan atau bersetuju dengan tawaran dari presiden Muhyiddin untuk menggabungkan semua parti Melayu.

“Setakat ini pendekatan itu dah ada tapi setuju atau tidak setuju belum ada lagi. Mungkin saya boleh katakan buat masa ini kita kurang bersetuju dengan apa yang dicadangkan.

“Yang dicadangkan, nak bergabung dengan semua parti walaupun Bersatu dalam kerajaan sekarang ini,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam yang menyatakan Pejuang terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan parti berintegriti dan ikhlas dalam perjuangan. 

Menurut Mukhriz lagi, Pejuang juga menerima pelawaan dari parti pembangkang lain berhubung kerjasama dalam PRU15 namun parti itu masih belum memberi sebarang keputusan.

Pada masa sama Mukhriz juga mengakui hubungan Muhyiddin dengan Dr Mahathir masih dingin.

Menurutnya, Dr Mahathir masih terluka dengan tindakan khianat Muhyiddin yang menjatuhkan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan dan menyebabkan Bersatu berpecah.

“Hubungan mereka masih dingin tapi kita kena fahamlah. Kami belum pulih lagi dari luka, masih berdarah,” katanya.

Biarpun begitu Mukhriz mengakui Pejuang akan bersikap terbuka dan sanggup mengenepikan luka lama demi rakyat.

“Kami faham demi negara dan rakyat tak ada benda yang kami tak sanggup buat kalau niat itu betul, kalau niat tak betul kami takkan setuju,” katanya.

Mukhriz bercakap kepada pemberita selepas program pemukiman Pejuang di bandar tersebut. – 31 Mac, 2022.


INI BERITA

BAIK UNTUK

KHEMAH BESAR

AMIN

DALAM POLITIK

KURANGKAN MUSUH

BANYAKKAN KAWAN

AMIN

DALAM HIDUP

KURANGKAN EGO

BANYAKKAN BAKTI

KHALAS

1 ulasan:

Rosli berkata...

Betul Bro Isham..Dalam politik kurangkan musuh, ramaikan kawan, tapi dah sekali dipatuk ular bernama Mahyiddin, nak ke berkawan lagi. Gabunglah dan buat khemah sebesar mana pun, harap PH jngan tergoda. Khemah boleh ranap dibadai ribut. Dalam khemah ada Azmin, Zuraidah, Tuan Ibrahim Eko Gapo DLL. Tak rasa geli ke nk masuk khemah.