Rabu, 18 Mei 2022

RAKYAT DAH LETIH

 




Saksi diminta tak sebut nama Najib, Jho Low kepada PAC, mahkamah diberitahu

BEKAS pengerusi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Mohd Bakke Salleh memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau dinasihatkan supaya lebih bertolak ansur apabila memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 2015 mengenai pelaburan negara yang bermasalah itu.

Bakke berkata dua minggu sebelum mesyuarat PAC beliau dipanggil oleh bekas perdana menteri Najib Razak untuk bertemu dengan pengerusi PAC ketika itu Hasan Arifin dan Ahmad Farid Ridzuan (bekas pengarah urusan TV3).

Beliau mendakwa semasa pertemuan itu Hasan dan Farid telah memberitahunya supaya tidak menyebut nama ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low) dan cuba untuk tidak merujuk kepada Najib.

“Itu adalah arahan halus yang oleh mereka, apatah lagi (sebut) PM (Najib) dan Jho Low kerana beliau dianggap tabu,” kata Bakke kepada Mahkamah Tinggi hari ini.

“Saya tahu apa yang saya mahu cakap semasa mesyuarat PAC dan tidak mahu sesiapa campur tangan (dalam keterangan saya).

“Saya hanya sampaikan fakta pada perbicaraan PAC.”

Farid ketika itu bertanggungjawab atas penjenamaan imej Najib.

Bakke saksi ke-15 dalam perbicaraan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak kerana menyeleweng RM2.28 bilion dana 1MDB.

Najib menghadapi 25 pertuduhan - empat kes salah guna kuasa dan 21 kes cuci duit - untuk kesalahan yang dilakukan antara 2011 dan 2013.

Bakke, 68, berkata pertemuan itu adalah bagi memastikan beliau bersedia apabila memberikan kenyataannya kepada PAC.

Ini adalah yang pertama daripada dua perjumpaan yang dihadiri Bakke, di mana pertemuan kedua adalah dengan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

Bakke berkata pertemuan pertama adalah untuk memastikan apa yang akan dilaporkan mengenai PM (Najib) dan kejatuhan 1MDB (kepada PAC).

“Pertemuan kedua dengan Arul adalah untuk mengemukakan garis panduan tertentu dan tiada yang sensitif (mengenai 1MDB),” katanya.

Bakke berkata, bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi turut hadir pada pertemuan pertama itu.

“Saya rasa Hasan dan Farid mahu saya menjadi lebih bertolak ansur (ketika beri keterangan kepada PAC).”

Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah kemudian bertanya kepada Bakke mengapa mereka beritahunya supaya tidak cakap apa-apa yang sensitif.

Bakke menjawab beliau diberitahu pada pertemuan itu untuk tidak menyebut Jho Low dan Najib kepada PAC.

Shafee menegaskan yang Bakke menyebut nama Najib kepada PAC walau dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian.

“Mereka juga beritahu anda Jho Low juga tabu, tetapi anda tidak peduli dengan apa yang disebut?”

Bakke menjawab ya kepada kedua-dua soalan yang diajukan kepadanya. – 17 Mei, 2022.

RAKYAT DAH

LETIH MENUNGGU

AMIN

MASUKKAN

NAJIB SEKARANG

DALAM  JIL

AMIN

NEGARA JADI

AMAN DAMAI

AMIN

RAKYAT SUKA

HATI

KHALAS

Tiada ulasan: