Rabu, 18 Mei 2022

HUKUM GANTUNG UNTUK BASMI RASUAH

 



Tidak wajar gantung pesakit guna kanabis untuk perubatan, kata Syed Saddiq

AHLI Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa kerajaan memberi kuasa kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) membuat pertimbangan yang lebih tinggi dalam isu penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan.

Pengerusi Kaukus Medical Marijuana itu berkata, hakim juga perlu diberi lebih kuasa dan kelonggaran dalam menilai kes-kes berkaitan penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan.

“Ini kerana kita perlu mengendalikan kes-kes ini dengan cermat supaya pesakit yang terpaksa menggunakan kanabis untuk tujuan perubatan diberikan kelonggaran yang sewajarnya dengan tujuan penggunaan mereka.

“Malah, hukuman gantung adalah hukuman yang terlampau berat kepada pesakit hanya kerana masalah kesihatan mereka memerlukan mereka untuk mencari perubatan alternatif seperti kanabis dan hem,” kata Syed Saddiq.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas menghadiri sebutan kes melibatkan penyanyi dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman di Mahkamah Sesyen, Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, hari ini.

Syed Saddiq berkata, sudah tiba masanya kerajaan mengiktiraf terdapat banyak pesakit di Malaysia yang perlu menggunakan kanabis untuk tujuan perubatan dan bukannya kumpulan yang mengedar kanabis untuk mengaut keuntungan wang semata-mata. 

Malaysia juga katanya perlu mengikut jejak langkah lebih 40 buah negara di seluruh dunia dalam mengiktiraf kanabis sebagai alternatif perubatan. 

“Langkah yang diambil di negara lain ini juga perlu dilihat sebagai satu dorongan untuk kumpulan kesihatan Malaysia menawarkan perubatan alternatif ini dengan segera.

“Malah, badan kesihatan dunia seperti World Health Organisation (WHO) juga mengiktiraf penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan ini sebagai alternatif kepada para pesakit,” katanya lagi.

Pesakit yang menggunakan kanabis sebagai perubatan alternatif juga katanya tidak boleh disamakan dengan jenayah berat seperti membunuh.

“Tindakan para pesakit mencari perubatan alternatif ini tidak boleh sesekali disamakan dengan jenayah bunuh misalnya – apabila hukuman gantung dikenakan,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan kes melibatkan Yasin itu akan digunakan sebagai rujukan untuk mengkaji semula undang-undang berkaitan penggunaan kanabis dan hem untuk tujuan perubatan. 

Yasin berdepan hukuman mati selepas didakwa mengedar dadah jenis ganja anggaran berat 214 gram di sebuah unit kondominium di Kota Damansara pada jam 5.30 petang, 24 Mac lalu.

Ganja itu ditemui di kediamannya bersama 17 lagi pokok ganja yang ditanam dalam pasu plastik berisi tanah merah.

Ujian saringan air kencing terhadap artis itu didapati positif dadah jenis ganja.

Yasin mendakwa dia menggunakan ganja sebagai alternatif bagi merawat gangguan bipolar.

Beliau juga pernah menjalani rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) disebabkan penyakit itu. – 17 Mei, 2022.


BEBASKAN

GANJA & KETUM

DARI HUKUMAN

BAGINDA QUEEN

AMIN

KALAU HUKUM

GANTUNG

BASMI GANJA

MAKA WAJIB

KENAKAN

HUKUM GANTUNG

UNTUK PERASUAH

DAN PEMBERI

RASUAH

AMIN

HUKUM GANTUNG

UNTUK BASMI

RASUAH 

KHALAS


1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Kalau semua boley tanam ganja ..nanti apa jadi dgn kilang dadah halal kat Puchong tu ..kompom bingkerap ..