Rabu, 18 Mei 2022

INI NASEHAT BETUL

 




Rakyat Malaysia berjimat-cermat, beli barang perlu saja

RAKYAT Malaysia pada masa ini mula berbelanja dengan lebih berhemah dan tidak membeli barangan yang tidak perlu, bagi menjimatkan wang.

Individu yang ditemu bual The Malaysian Insight berkata mereka cuba mencari barangan pada harga paling murah sebelum membuat pembelian.

Kebanyakannya juga tidak membeli barangan secara banyak, sebaliknya hanya membeli jika barang berkenaan sudah kehabisan.

Sukhvant Singh, 58, seorang suri rumah di Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur berkata hampir semua barangan pengguna mengalami kenaikan harga.


“Barangan runcit sangat mahal sekarang. Saya terpaksa membelanjakan tambahan RM300 hingga RM400 untuk membeli barang yang sama.

“Beras, minyak masak, bahan kering, ayam dan minyak sapi paling mahal. Seekor ayam biasanya RM14.50, sekarang harganya RM18 hingga RM19. Harga telur juga naik sekarang,” katanya.

Isi rumah Sukhvant terdiri daripada suami dan tiga anaknya berusia 28, 21 dan 14 tahun.

Walaupun lebih murah memasak di rumah, ada harinya mereka terpaksa makan di luar, kata Sukhvant.

“Mungkin seminggu sekali kami makan di luar, di restoran mamak atau nasi ayam. Anak tidak mahu makan makanan yang sama sentiasa, jadi kami makan juga di luar,” katanya, menambah isi rumahnya perlu berbelanja tambahan RM250 sebulan untuk makan di luar.

“Jika kami beli KFC atau makanan seperti itu, jadi saya akan guna wang tambahan untuk makan luar.”

Indeks harga pengguna (IHP) Malaysia pada Mac meningkat  2.2% kepada 125.6 berbanding 122.9 pada Mac 2021, menurut Jabatan Perangkaan.

Kenaikan itu kebanyakannya didorong peningkatan 4% tahun ke tahun dalam makanan dan minuman bukan alkohol.

Jabatan itu berkat aayam, komponen terbesar dalam sub kumpulan daging, mengembang 10.5%, sementara daging naik 4.3%.

Masalah rantaian bekalan dan perang berterusan Russia-Ukraine juga menyebabkan kenaikan harga minyak sayuran dan tepung.

Nor Izzati Zainuddin,yang tinggal di PPR Kerinchi, Kuala Lumpur bersama suami dan empat anak mereka, pada masa ini sedang dalam proses pulih daripada epidemik Covid-19.

Suaminya masih tidak dapat mencari pekerjaan selepas diberhentikan ketika pandemik, sementara Izzati suri rumah sepenuh masa.

“Kami pada masa ini bergantung kepada ihsan dan sumbangan serta bantuan makanan. Keadaan memang susah, tetapi kami terpaksa teruskan hidup dengan apa yang ada.

“Jika kami beli makanan di kedai runcit, kami hanya beli bahan seperti mi, sayuran dan bebola ikan.

“Kami tidak mampu membeli ayam atau barang lain kerana terlalu mahal.”

Empat anaknya berusia 9, 8, 5 dan setahun setengah.

Anak bongsunya masih memerlukan susu formula dan lampin pakai buang, di mana ia yang paling diutamakan dalam senarai barangan perlu beli dalam keluarganya.

“Kami beli susu jenama Dutch Lady dari 99 Speedmart kerana ia lebih murah, sama juga dengan lampin pakai buang. Kadang-kala kalau nasib baik, harga susu boleh diperoleh pada RM21.

“Kami perlu kira-kira lima paket susu sebulan. Tetapi kami hanya beli sepaket saja dalam satu-satu masa kerana terlalu mahal untuk kami,” katanya.

Izzati mencari pendapatan menerusi jualan baju kepada kawan di kumpulan WhatsApp. Beliau membeli pakaian dari pusat borong Kenanga, dan menjualnya semula.

“Untung dalam RM5 sehelai. Kadang-kala saya dapat jual 20 helai sebulan,” katanya. – 18 Mei, 2022.

SEBAGAI

PENGGUNA

MARI KITA

NILAI KEMBALI

GAYA HIDUP KITA

 AMIN

INILAH MASA

KITA MELIHAT

DIRI DAN TAHU

ARAH MANA

HIDUP KITA INI

AMIN

KITA GUNA

APA YANG KITA

ADA

AMIN

KITA TAK RISAU

DGN APA YANG

KITA TAK ADA

KHALAS

Tiada ulasan: