Sabtu, 29 Oktober 2022

MENUJU ZAMAN MELESET


Ringgit teruskan aliran turun berbanding dolar AS 

RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, meneruskan penurunan menjelang keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) berkaitan kadar faedah minggu depan, kata peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan susut berbanding dolar AS kepada 4.7225/7275 daripada 4.7155/7185 ketika ditutup pada Khamis.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata ringgit mengalami kelemahan berbanding mata wang negara maju itu, seiring dengan mata wang negara Asia lain.

“Jika kenaikan sebanyak 75 mata asas direalisasikan apabila Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed (FOMC) bermesyuarat pada 2 November ini, ia akan menjejaskan ringgit kerana kenaikan kadar faedah tempatan tidak sepadan dengan kadar kenaikan AS ekoran kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi domestik,” katanya kepada Bernama.


Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3436/3474 daripada 3.3448/3472 ketika ditutup pada Khamis dan naik berbanding pound British kepada 5.4455/4513 daripada 5.4516/4551.

Ringgit lebih tinggi berbanding euro kepada 4.7008/7058 daripada 4.7334/7364 semalam dan kukuh berbanding yen kepada 3.1976/2012 daripada 3.2194/2219. – Bernama, 28 Oktober, 2022.


INI SALAH

SATU TANDA

MENUJU KE

ZAMAN MELESET

AMIN

NILAI RINGGIT

TERUS JATUH

AMIN

HARGA BARANG

MAKIN MAHAL

AMIN

KILANG TUTUP

BURUH HILANG

MATA PENCARIAN

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada baiknya PH tak menang PRU 15 sbb kalau menang pun kantong kerajaan dah kosong terpaksa ajak rakyat ikat pinggang bayar hutang negara dgn US Dollar yg dah naik ke RM4.7 = USD1 Kadar pinjaman juga akan naik buat menyeksa rakyat manakala kos harian terus meningkat. Berat bg mana2 kerajaan pun mentadbir negara yg menanggung hutang negara yg sangat tinggi. Kalau PH menang pun kejanya takde lain cuci tahi jelah