Sabtu, 29 Oktober 2022

TANDA EKONOMI MERUDUM


Tempahan makan malam politik makin kurang pada PRU15, kata pengusaha restoran

PEMILIK restoran di semenanjung tidak yakin tempahan untuk ceramah dan perhimpunan politik pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) ini setanding dengan perniagaan mereka semasa pilihan raya pasca-Covid 19.

Walaupun pengusaha restoran di Johor berkata mereka telah mula menerima tempahan untuk makan malam politik sejak pembubaran Parlimen diumumkan pada 10 Oktober, mereka yang berada di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur, berkata tempahan seperti itu sukar diperoleh mereka.

Presiden Johor Kitchen Association Ang Swee Kiong berkata ahli mereka menjangkakan 30% hingga 40% lebih tempahan menjelang hari pengundian.

“Semakin dekat hari pengundian, semakin banyak pesanan diterima,” kata Ang kepada The Malaysian Insight.


Beliau berkata walaupun berdepan masalah kekurangan pekerja restoran ketika ini, mereka seharusnya mampu menangani peningkatan dalam perniagaan kerana tempahan tidak diadakan pada masa yang sama.

“Nasib baik, semua makan malam diadakan pada masa yang berbeza,” kata Ang.

Bagaimanapun, di Pulau Pinang, tiada apa yang boleh dibanggakan oleh pengerusi Persatuan Restoran dan Kedai Teh Koo Soo Kwong Choon Tong Pulau Pinang, Vinah Yee Yook Chee.

Beliau menyalahkan keadaan ekonomi negara yang lemah dan kebimbangan yang berlarutan terhadap Covid-19 sebagai punca makan malam politik jarang diadakan di negeri itu.

“Dalam pilihan raya pasca-pandemik, terdapat banyak tempahan untuk mengadakan perhimpunan politik,” katanya.

Yee berkata kini trendnya ialah mengadakan ceramah untuk berkempen di jalanan dan di auditorium yang mana tiada makanan dihidangkan.

“Mereka kini jarang memilih untuk melakukannya di restoran,” tambahnya.

Timbalan Presiden Persatuan Restoran Malaysia Selangor & Wilayah Persekutuan Ku Su Shin Choong Hung, Hor Chee Keong memberitahu The Malaysian Insight bahawa beliau belum mendengar sebarang tempahan makan malam politik daripada ahlinya di Selangor.

Presiden Gabungan Persatuan Penjaja Selangor dan Kuala Lumpur Tan Luan Huat berkata adalah menjadi kebiasaan bagi pengusaha restoran untuk mencari keuntungan pada pilihan raya.

Beliau berkata pada masa terbaik, ahlinya melihat perniagaan meningkat sebanyak 20% hingga 30% semasa pilihan raya dengan menjual makanan ringan ke restoran.

Kedai kopi tradisional, yang popular di kalangan orang tua, juga melihat perniagaan tidak begitu rancak sebagaimana pada pilihan raya lalu.

Pengerusi Penang and Province Wellesley Cafe Association, Tan Kar Seong berkata, kedai kopi tidak lagi sesak seperti dahulu pada pilihan raya lalu.

Kemajuan teknologi dan media sosial telah membawa berita politik dan perbincangan ke rumah orang ramai, katanya.

“Semuanya tersedia pada telefon pintar. Mereka boleh membuka atau menyertai kumpulan sembang untuk membincangkan politik di rumah.

“Mereka tidak perlu pergi ke kedai kopi untuk mencari rakan mereka untuk bercakap tentang politik.”

Walaupun itu mungkin berlaku di pusat bandar dan bandar yang lebih besar, Tan berkata pertemuan di kedai kopi untuk membincangkan politik ini masih kukuh di kawasan luar bandar dan kampung baharu yang internetnya lemah.

Ianya pasti, kata Pengerusi Persatuan Pemilik Kedai Kopi dan Kedai Makan Seberang Perai Lee Kok Yong.

Beliau berkata apabila orang tua mula memahami media sosial, mereka akan pergi ke perbincangan dalam talian dan bukannya kedai kopi.– 29 Oktober, 2022.

INI TANDA

EKONOMI

MERUNDUM

AMIN

INI TANDA KE

ARAH ZAMAN

MELESET

AMIN

BERSEDIA

JAGA APA

YANG ADA

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ITU lah engkau orang tak sedar, bila Bossku masuk dalam, sapa nak belanja macam dia, dia atur Jho Low bagi makan minum beer lagi ITU paling hebat dulu, kah kah kah dah lah orang susah sekarang, gaji sama, RM jatuh, kuasa beli tak ada, orang susah tahu, duit pun tak masuk masuk, semua takut nak belanja sebab time susah, mana boleh percaya orang politik ini semua, semua pun jenama sapu sapu kiri kanan bersih kah kah kah, pilih lagi penyamun pilih lagi perompak duit negara sampai lingkup lagi, nanti nila ubi kayu pun tarak baru tahu, zaman jepun kita ada ubi kayu, sekarang ITU pun tarak, jual ikut kilo bro kah kah senang bagi lingkup kalau pilih perompak jadi pemimpin amin