Khamis, 10 November 2022

ZURAIDAH DI AMPANG - BOLEH MENANG ?


Zuraida yakin pertahan Ampang


PENYANDANG kerusi Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yakin dapat mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berdasarkan prestasi perkhidmatannya kepada pengundi sejak 15 tahun lalu.

Mempertaruhkan pencapaiannya sebagai ahli Parlimen selama tiga penggal, presiden pengganti Parti Bangsa Malaysia (PBM) itu berkata ‘jenama Zuraida’ cukup dikenali di kawasan yang dianggap sebagai kubu kuatnya.

“Semua orang di sini kenal siapa Zuraida. Zuraida sudah jadi jenama di Ampang.

“Saya dapat rasakan pengundi Ampang akan lihat (saya) sebagai ahli Parlimen yang telah berkhidmat dengan baik, dan ini terbukti dengan hasil kerja-kerja sana di sini. Mereka mungkin tak mahu ambil risiko dengan mengundi calon lain.

“Pengganti saya mungkin tidak akan berkhidmat kepada mereka seperti saya… Saya percaya dengan jenama saya,” kata bekas naib presiden PKR itu kepada The Malaysian Insight.

Kali pertama dipilih sebagai ahli Parlimen Ampang pada 2008 atas tiket PKR, Zuraida seterusnya mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum 2013 dan 2018.

Pada PRU14, Zuraida menang dengan majoriti 41,956 undi dalam pertandingan empat penjuru. Beliau kemudian dilantik sebagai menteri Kabinet selepas Pakatan Harapan (PH) melakar sejarah menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya tersebut.

Zuraida antara 11 ahli Parlimen PKR yang berpaling tadah menyertai Bersatu susulan percaturan politik Langkah Sheraton yang menjatuhkan kerajaan PH pada hujung Februari 2020.

Pada pilihan raya umum kali ini, Zuraida akan bertanding atas tiket PBM dalam pertembungan sembilan penjuru. Beliau dicabar Ivone Low Yi Wen mewakili BN, Rodziah Ismail (PH), Sasha Lyna Abdul Latif (Perikatan Nasional) dan Nurul Ashikin Mabahwi (Pejuang).

Turut bertanding Lai Wai Chong (Warisan) dan tiga calon Bebas, Muhammad Shafiq Izwan Mohd Yunos, Tan Hua Meng serta M Raveendran.

Kerusi Parlimen Ampang mempunyai demografi pengundi Melayu sekitar 56%, Cina (35%), India (7%) dan selebihnya lain-lain.

Mencabar pesaing

Menjelang PRU15 yang dijadual diadakan pada 19 November ini, Zuraida berkata beliau merai dan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang bertanding di Ampang.

Malah penyertaan calon yang ramai katanya memberi cabaran untuk beliau memperbaiki diri.

“Terpulang bagaimana mereka mahu buktikan yang mereka boleh jaga Ampang, berkhidmat kepada orang Ampang. Saya melihat mereka sebagai orang luar, bukan orang tempatan.

“Semua kriteria ini penting bagi penduduk Ampang. Saya dah 15 tahun di sini dan bekerja sepanjang masa. Tidaklah waktu pilihan raya saja kita bekerja. Dan ini memudahkan saya kerana keperluan semasa dapat kita layani dan selesaikan.

“Jadi, calon-calon lain perlu tawar dan lakukan yang lebih baik daripada saya,” jelas Zuraida.

Tambahnya, apa yang lebih penting bagi beliau ketika ini ialah mempromosikan logo baharu parti yang baharunya PBM sepanjang tempoh berkempen. 

Sokong kerajaan yang memerintah 

Zuraida yang pernah jadi menteri Kabinet dalam tiga kerajaan selepas PRU14 berkata partinya akan menyokong mana-mana kerajaan baharu yang dibentuk, termasuk selepas PRU15 kelak.

PBM juga katanya terbuka untuk memberi sokongan kepada PH jika gabungan itu menang dan berjaya bentuk kerajaan.

“Kami parti kecil, bertanding pun hanya di lima kerusi Parlimen pada PRU15.

“Jadi kalau saya menang saya akan sokong kerajaan yang memerintah. Kami terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja, termasuk PH,” ujarnya.

Tambahnya, sebagai sebuah parti kecil beliau memerlukan peruntukan untuk berkhidmat di kawasannya. Namun, itu bukanlah bermakna beliau akan menjadi ‘pak turut’ kepada kerajaan yang dibentuk selepas PRU15, kata Zuraida.

“Saya akan jadi kuasa ketiga dalam kerajaan.” 

PBM sebelum ini memohon untuk menyertai BN, tetapi kemudian mengambil keputusan untuk bergerak solo pada PRU15 selepas tidak dapat memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan gabungan itu.

Ditanya mengenai kerajaan baharu selepas PRU15, Zuraida berpendapat tiada mana-mana parti atau gabungan yang mampu mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. – 10 November, 2022.   

KAK ZU INI

AMAT GIGIH

AMIN

MASA DLM PKR

PALING BERJAYA

MENYUSUSUN

AMIN

SAYANG SEKALI

BIJAK MACAM 

KAK ZU

DIKETEPIKAN

AMIN

KALAU KAK ZU

KALAH MAKA

PARTI BANGSA 

MALAYSIA TAK

TAHAN LAMA

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pala toya hang gigih... Apa Kata hang Mai dok ampang ni.... Musibat ni dok sibuk dengan parti dok sibuk dengan jawatan...pkr ka bersatu ka p apa saja lah ,kami kat ampang ni takmau tau...yang kami tau longkang sumbat sampai bau pukimak pun susah nak ambik tindakan...Kona sana Kona sni pau sana pau sini last2 kami pekesah sendiri....hang apa tau! Lancioooo