Khamis, 10 November 2022

KHAIRY KENA SAILANG




Khairy patut fokus menang Sungai Buloh dulu, kata Johari

KHAIRY Jamaluddin sepatutnya fokus untuk menang kerusi Parlimen Sungai Buloh terlebih dulu sebelum bercakap tentang cita-cita menjadi perdana menteri, kata Johari Abdul Ghani.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata fokus perlu diberikan terlebih dulu kepada memenangi sebanyak mungkin kerusi daripada 222 kerusi yang ada pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Johari berkata menang pilihan raya bukan tugas seorang individu dan Barisan Nasional (BN) perlu bergerak sebagai satu pasukan dalam mencapai matlamatnya untuk menawan sebanyak kerusi yang boleh.

Beliau berkata BN perlu menubuhkan kerajaan bersama wakil rakyat yang ada kemampuan dan kredibiliti, dapat bekerjasama dan membangunkan semula ekonomi negara.

“Kalau ramai orang menyokong dia (Khairy menjadi perdana menteri), kenapa tidak?. Tak ada masalah.

“Tapi soalnya sekarang kita bukan bercakap soal perdana menteri, tapi kita bercakap tentang nak dapatkan 222 ahli Parlimen yang mempunyai kelayakan, kecekapan dan pengalaman untuk membangunkan semula ekonomi negara kita yang terjejas,” katanya dipetik daripada Berita Harian ketika kempen untuk kerusi Parlimen Titiwangsa hari ini.

Semalam, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata cita-cita Khairy yang juga menteri kesihatan untuk menjadi perdana menteri pada masa depan akan bergantung kepada PRU ini.

Selasa lalu, Khairy dalam satu ceramah di Sungai Buloh, menyatakan hasrat memimpin Umno dan menjadi Perdana Menteri satu hari nanti, dan yakin impian itu mampu dicapai sekiranya beliau berjaya menawan kerusi Parlimen Sungai Buloh untuk BN.

Khairy sebelum ini memegang kerusi Rembau selama tiga penggal tetapi pada PRU15 beliau memberi laluan kepada Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Khairy berdepan cabaran daripada calon Pakatan Harapan R. Ramanan, Ghazali Hamin (Perikatan Nasional), Akmal Yusoff (Pejuang), Ahmad Zukri Faisal (Parti Rakyat Malaysia) dan dua calon bebas.

Penyandang Parlimen Sungai Buloh, R. Sivarasa yang memegang kerusi itu selama tiga penggal untuk PH, digugurkan daripada bertanding kali ini kerana masalah kesihatan. – 10 November, 2022.

KHAIRY LEBIH

LAYAK LEBIH

BIJAK DARI

MAIL BERA

AMIN

KJ TAHU BI

SPEAKING OK

KAH KAH KAH

PATUT KJ JADI

POSTER BOY

AMIN

PETI BESI 

DAH BESAR

KAH KAH KAH

BOLEH LAWAN

SAPA SAJA

KITA INI

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Budaya Raya di Malaysiaku cukup mudah, kena belanja banyak banyak banyak duit untuk menang, nak menang kena belanja poster kena belanja banner kena belanja benders parti, nak belanja orang makan minum, kena belanja semua lah sampai hari undi, segala perlulan duit, apa TT kata benar, budaya belajar separuh masak, semua Harapan YB belanja tak salah mana YB nak cari duit, kena rasuah, kena komisen, kena cari cukong kah kah kah, susah woit susah, nak menang jawatan parti lain cerita, kena bagi hotel, kena bagi hadiah kena bagi lain, hadiah lain termasuk belanja elaun gaji kah kah kah, pening woit, ingat senang nak jadi PM, banyak mulut kena sumbat dengan duit, maka KJ mungkin sudah ada khazanah simpan menabung menantu Pak Lah simpanan banyak komsiej banyak bisa bisa saja pak kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

kj lebih bijak dari mail bera??hentikan la bro..kalo tak kerana jadi menantu abah, mampos la kj naik naik..lu lupa kawan lu si zahid komidi? kj ni lantang hentam zahid.kj sorang opportunis..siapa yg membawa untung kj akan sokong..wak jawa pun tak pandai bahasa ingeris..even kemunafikan pun jadi kemunafakkan..wak jawa mengaku aceh..kj cuba raih simpati.dibanding kj dgn dr zul kuala selangor, dr zul jauh lebih baik berbanding kj..kehebatan kj hanya la pada team media je..ckp berdekah2 janji itu ini tapi sampai sekarang tiada satu pekeling pun yg diluluskan..di parlimen, bila kj nak ckp je spekaer akan potong dgn alasan dekat waktu rehat la dekat waktu nak balik la..awaq masa dr zul jd kkm, takda plak isu ini..jawapan mudah, kj kawtim dgn speaker..angka covid turun, BID menaik..ini auta budak rembau..mujur maya karin dah kawin..

Tanpa Nama berkata...

umno ada sekor kj je bro...dlm pakatan ada ramai lagi muda mudi yg grade oversea yg lebih baik dan jauh lebih bagus dari KJ.utk menguasai rakyat, kj wajib membela media.ini amalan tok nenek org2 politik.pendek kata org2 media ni akan up mana2 ahli politik yg nak jd apa dan nak naik apa..org media ada wartawan dan juru photo yg profesional.copy and paste.lain di tanya, lain disiarkan di media.maka org ramai pun keliru..kj nak jd PM..ini cita2 ahmad maslan juga..even pendekar pasir salak tajudin mabok todi pun nak jd PM.kj ular oportunis.