Khamis, 10 November 2022

JAMAL ABDILLAH SOSOK JUJUR



Jamal Abdillah mohon maaf pada DAP

PENYANYI dan pelakon Jamal Abdillah mohon maaf atas tindakannya menyeru pengundi menolak parti DAP dalam kenyataan yang menuduh parti itu tidak baik kepada penganut Islam.

Beliau memohon maaf atas tuduhan yang memberi tanggapan buruk kepada parti tersebut dan mengaku ia dibuat tanpa pengetahuan politik.

“Pada DAP khususnya, saya rasa saya memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya kesilapan kalau saya dah lakukan.

“Perkara ini pernah tular dahulu, dalam perbincangan dengan kawan-kawan. Perkara ini digariskan (oleh) saya tanpa pengetahuan politik.

“Hanya kerana kebimbangan kepada generasi akan datang saya buat video yang tidak sepatutnya dibuat.

“Dengan rasa rendah dirinya saya memohon ampun dan maaf kepada rakyat Malaysia kerana saya putar perkara itu dalam keadaan saya tidak mengetahui.

“Sebagai rakyat negara ini memang kita tidak mahu perkara-perkara itu berlaku,” katanya dalam satu rakaman video.

Jamal dalam kenyataan kontroversi di TikTok itu antara lain menggesa rakyat Malaysia untuk menolak DAP bagi mengelakkan negara tersasar jauh dari agama Islam. – 9 November, 2022.

INI CONTOH

TERBAIK SOSOK

JUJUR

AMIN

MINTA MAAF

BILA SILAP

AMIN

JUJUR NGAKU

TAK TAHU PERKARA

YANG TAK TAHU

AMIN

SALUT UNTUK

JAMAL ABDILLAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak ada rugi ya mohon maaf....malah saham makin naik!

Syabas Jamal Abdillah tidak sama yang sekor gila babi nak jadi PM tapi tak ada dasar dan plan yang boleh diangkat...MASTER PLAN PD tak habis lagi dia lari ke TAMBUN....hi songel songel mana JAM OMEGA?