Isnin, 12 September 2022

PAKAR CERET BERET BERADA DI GERMAN ATAU DI LONDON ATAU DI PARIS ?

 


Najib diberi rawatan sewajarnya di HKL, kata KP kesihatan

BEKAS perdana menteri Najib Razak, yang menjalani hukuman di Penjara Kajang, hanya dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh pakar pada Jumaat lepas setelah berada dalam keadaan sihat, kata Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Ketua pengarah kesihatan itu berkata, Najib dimasukkan ke HKL pada Jumaat lepas sebagai kes elektif, bukan kecemasan, dan dikendalikan oleh pakar perunding kanan bertauliah terdiri daripada ketua bidang masing-masing.

“Pihak HKL  juga mengadakan sidang keluarga (family conference) sebanyak dua kali yang dihadiri mantan perdana menteri dan ahli keluarga beliau. Keputusan ujian-ujian dimaklumkan semasa sidang ini mengikut amalan profesional kedoktoran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Mereka (keluarga) juga dimaklumkan mengenai keputusan sebulat suara pakar-pakar perunding agar beliau dibenarkan untuk didiscaj daripada HKL.

“Keadaan beliau juga sihat sebelum dibenarkan didiscaj daripada HKL,” tambah Noor Hisham.

Beliau juga berkata, ubat yang dipreskripsikan kepada Najib selepas dimasukkan ke wad adalah jenis yang sama seperti diambil beliau sebelum ini.

Beliau berkata kementerian telus mengenai pemberian  perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada mana-mana individu dan juga memikul tanggungjawab mematuhi amalan etika membabitkan kerahsiaan pesakit di bawah Akta Perubatan 1971.

Maklumat mengenai kesihatan pesakit boleh diberikan kepada mahkamah jika diarahkan berbuat demikian, katanya.

Awal hari ini, keluarga Najib merayu kepada kerajaan untuk membenarkan bekas perdana menteri itu diberikan rawatan perubatan sewajarnya selepas beliau dikatakan mengalami ulser perut baru-baru ini.

Pegawai khas Najib, Mukhlis Maghribi, berkata ahli Parlimen Pekan itu menjalani prosedur skop pada Sabtu dan doktor mengesan ulser. 

Walaupun ia menjadi masalah berulang sejak 15 tahun lalu, ulser baru ditemui, tambahnya.

Dalam perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MBD) hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram, memberitahu Hakim Collin Lawrence Sequerah beliau dimaklumkan oleh pegawai Jabatan Penjara keadaan Najib “agak teruk”.

“Ubat tekanan darah tertuduh telah ditukar dan ia memberi kesan buruk kepadanya.

“Saya dimaklumkan keadaannya (Najib) agak teruk, tetapi beliau bersedia untuk berada di sini (perbicaraan) sehingga 12.30 tengah hari. Pada 2 petang beliau perlu dibawa ke hospital untuk berjumpa doktor,” katanya.

Sequerah menangguhkan mahkamah pada jam 12.30 tengah hari bagi membolehkan Najib mendapatkan rawatan perubatan. – 12 September, 2022.

WOIT

PAKAR SAKIT

PERUT & PAKAR

CERET BERET

BERADA DI MANA?

KAH KAH KAH

DI MUNICH ?

DI LONDON ?

DI HAWAII ?

ATAU DI PARIS ?

KAH KAH KAH

BELUM SAMPAI

SEBULAN DALAM

JIL DAH NAK

CARI HELAH 

NAK CABUT

KELUAR NEGARA

KAH KAH KAH

BANDUAN LAIN

SAKIT UBAT

DI  SINI MAKA

TAK PERLU 

NAJIB BERUBAT

DI LUAR NEGARA

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Asrul Sani berkata...

Hahhh! Najib ceret beret? Apa dia sudah jadi korban inmates di penjara Kajang?. Kau orang pun gentle la sikit....Najib tu mungkin masih perawan lagi anunya. Kalau Si Azmin dan Haziq ok la...dia orang dah season dengan permainan belakang. Sampai ceret beret kau orang kerjakan Si Najib tu..... kah kah kah