Isnin, 12 September 2022

DUIT RAMAI BULEH BOLI KAJANG



Najib peroleh faedah lebih RM1.25 juta, mahkamah diberitahu

NAJIB Razak mendapat lebih sejuta ringgit daripada faedah akaun Ambank peribadinya, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

Ketika memberi keterangan dalam perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bekas perdana menteri itu, saksi pendakwaan pengurus Ambank cawangan Jalan Raja Chulan R. Uma Devi mengesahkan beberapa pembayaran faedah berjumlah RM1,253,924.80 telah dibuat pada 2011 ke akaun Ambank peribadi Najib yang berakhir dengan “694”.

Mengesahkan sejumlah 11 kemasukan faedah ke dalam akaun ‘694’, Uma berkata, jumlah bayaran berbeza-beza setiap bulan kerana ia dibuat mengikut baki dalam akaun setiap bulan.

Najib menerima RM5,214.10 pada 28 Februari 2011, RM31,121.71 (31 Mac), RM28,979.44 (30 April), RM29,334.83 (31 Mei), RM44,371.21 (30 Jun), RM57,293 Julai 31), RM122,360.35 (31 Ogos), RM205,773.53 (30 September), RM211,130.87 (31 Oktober), RM209,722.90 (30 November) dan RM308,621.92 (Disember).

“Berikut adalah jumlah faedah bagi tahun 2011 yang dikenal pasti telah masuk ke Bank AmIslamic Najib dengan nombor akaun 211-202-200969-4,” katanya kepada mahkamah hari ini.

Timbalan pendakwa raya Mustafa Kunyalam mengesahkan jumlah faedah diterima Najib dalam akaunnya yang berakhir dengan nombor 694 bagi 2011 selepas mengesahkan dengan saksi.

Mustafa berkata, faedah dikira berdasarkan baki dalam akaun setiap bulan.

Minggu lepas, Uma memberi keterangan sejumlah RM60.5 juta, dibuat dalam dua bahagian, telah dipindahkan ke akaun Najib itu.

Beliau berkata sejumlah RM30.5 juta telah dipindahkan pada 24 Februari 2011, manakala RM30 juta lagi dikreditkan ke akaun yang sama pada 14 Jun 2011.

Uma bagaimanapun tidak menyatakan dari mana datangnya kedua-dua bayaran itu.

Hari ini, Uma mengesahkan akaun berakhir 694 dibuka pada 13 Januari 2011 dengan deposit RM500 sahaja.

Akaun itu ditutup pada 30 Ogos 2013. – 12 September, 2022.


RAMAI BOBONAR

DUIT NAJIB

KAH KAH KAH

BULEH BOLI

SUMO KODAI

SATAY KAJANG

KAH KAH KAH

BOLEH BOLI

SUMO CIK GU

KAH KAH KAH

BULEH BOLIH

JIL KAJANG

DAN PASTI

BULEH BOLI

POKAN KAJANG

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: