Isnin, 12 September 2022

KERAJAAN SELANGOR BERTINDAK !

 




Selangor tarik balik

 darjah kebesaran 

Najib, Rosmah

Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah hari ini mengumumkan darjah kebesaran bekas perdana menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor berikutan sabitan kes penyelewengan dana RM42 juta SRC International dan kes rasuah projek hibrid solar berkuat kuasa serta-merta.

Dalam sebuah kenyataan, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Haris Bin Kasim berkata dengan penarikan darjah kebesaran tersebut, gelaran Datuk Seri dan Datin Paduka Seri yang dibatalkan pada masa yang sama.

Najib dikurniakan Keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) Kelas Pertama yang pada 2004 dan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) Kelas Kedua pada 1992.

Sementara Rosmah dikurniakan Keahlian Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) Kelas Pertama pada 2005.

“Penarikan balik dan pembatalan keahlian ini selaras dengan kuasa prerogatif baginda di bawa Perkara XXXVIII dan Perkara XXXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan Statut Darjah Kebesaran yang berkaitan dan konvensi yang diamalkan Selangor,” kata kenyataan tersebut.

Pada 23 Ogos, Najib dihantar ke Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadapnya kerana menyalahgunakan puluhan juta dana SRC International.

Sementara Rosmah disabitkan bersalah dan dihukum 10 tahun penjara dan dan denda sebanyak RM970 juta bagi kes rasuah solar hibrid pada 1 September lalu.

Hukumannya ditangguhkan sementara menunggu proses rayuan.



WOIT

TAHNIAH 

SELANGOR

LANGKAH TEPAT

LAGI BETUL

AMIN

PENCURI TIDAK

PERLU DATUK SRI

KAH KAH KAH

WOIT

NEGERI LAIN

KEDAH PERLIS

PERAK JOHOR

N. SEMBILAN

KELANTAN 

TERANGANU

MACAM MANA?

AMIN

BAGAIMANA 

PAHANG

KAH KAH KAH

PENCURI DARI

PAHANG 

KAH KAH KAH

APAKAH PENCURI

AKAN TERUS JADI

DATUK SRI PAHANG

KAH KAH KAH

AMIN

4 ulasan:

cikminah berkata...

Tarik jelah semua gelaran, Najib kekal dipanggil 'BOSSKU'.

Mat Tulih berkata...

Woiiittt TT.
Nismilan first-first lagi dah tarik gelaran tu.
Kau tak caya kau cek la.

capt salai berkata...

Nismilan lagi awal dari selangor tarik darjah kebesaran najib bro

Ricesaffron@gmail.com berkata...

Melaka baru selesai pada ogos yang lepas dengan mengunakan duit rakyat untuk majlis jamuan makan malam dan 3 hari bagi majlis lambakan penjualan bintang bintang malam dan darjah darjat negeri melaka,, tak sedikit kah mereka semua yang terlibat ada perasaan rasa bersalah menguna kan kuasa dan kedudukan yg di beri rakyat untuk mencari keuntungan sendiri, tak rasa malu ke? Mana letak hati perut,, cuba tengok sapa yg dapat bintang malam dan antara dua darjat,, apa sumbangan mereka? P Ramlee dapat AMN pun sukar dan sambut seluruh singapore,, yg lain tak malu ke