Selasa, 8 November 2022

BEBASKAN GANJA DARI BAGINDA QUEEN


Selepas pendedahan, kedai ganja dalam talian minta pelanggan buat video pengesahan


Pengedar yang menjual ganja melalui kumpulan aplikasi Telegram mula menambah terma dan syarat jualan dengan meminta pelanggan untuk membuat pengesahan diri dengan menghantar video mereka melakukan aktiviti menghisap dadah.

"Sahkan diri sekarang dan terus kekal dalam kumpulan ini, terus berhubung dengan GG dan anda akan menerima tawaran eksklusif!" kata peniaga itu dalam mesej yang dihantar kepada kira-kira 2,100 pelanggan.

Antara tawaran selepas pengesahan diri dibuat termasuk "1g ganja percuma dalam pesanan anda selepas ini”, keahlian dalam “saluran/kumpulan yang eksklusif bagi keselamatan maksimum dan faedah-faedah lain“, "promosi" dan "banyak lagi".

“Bina kepercayaan antara satu sama lain sebelum sebarang urusan!” tambah pentadbir kumpulan itu. 

“Segera sahkan diri anda dan dapatkan kepercayaan sebelum berurusan!"

Pentadbir kumpulan itu juga turut memuat naik video contoh yang menunjukkan kepada pelanggan cara untuk ”mengesahkan" diri mereka.

MalaysiaNow sedang mendapatkan maklum balas daripada polis dan AmBank, di mana perkhidmatan kedai itu menjalankan urus niaganya.

Sebelum ini, MalaysiaNow melaporkan pengedar dan penjual dadah mula memanfaatkan platform dan aplikasi dalam talian seperti Telegram dan Instagram untuk menjual barangan terlarang.

Semakan terhadap satu kumpulan sedemikian mendapati diskaun dan testimoni pengguna dikongsi hampir setiap hari dalam kumpulan tersebut.

Pelanggan kemudian akan menghubungi akaun pentadbir melalui mesej peribadi.

Walaupun terdapat perbahasan mengenai usaha menghalalkan ganja bagi tujuan perubatan, Malaysia masih mempunyai undang-undang tegas mengenai bahan tersebut.

Sesiapa yang didapati memiliki 200gm ganja boleh dianggap sebagai melakukan jenayah mengedar dadah dan boleh dikenakan hukuman mati mandatori, sementara mereka yang memiliki 50gm atau kurang boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun.

MASA DAH

SAMPAI

GANJA WAJIB

BEBAS DARI

UNDANG2

BAGINDA QUEEN

AMIN

GANJA UNTUK

PERUBATAN

AMIN

GANJA UNTUK

REKREASI

AMIN

GANJA ADALAH

TANAMAN BUKAN

KIMIA BAHAYA

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa beza ganja dengan tembakau.. mohon pencerahan

Tanpa Nama berkata...

sbelum ganja di benarkan, tolong benarkan pengunaan ketum..prof2 tolong buat kajian ketum..malaysia yg sunni ini terkenal dgn tongkat ali dan kacip fatimah..tongkat ali telah dipatenkan oleh syarikat US.hasil bumi msia dah dipatenkan maka kita tak mungkin dpt lawan.lu tak percaya? lu lupa perjanjian tppa yg disain mustapa mohammad asal kelantan?oh ya bro..ada negara yg dah legalisekan ganja..gua dgr starbuck punyai cita2 utk memilikinya secara sah..lepas ni starback ganja akan lawan ketum...yg sedihnya msia ni takda geran penyelidikan..dana2 atau budget penyelidikan digunakan utk g umrah dan g haji oleh penguasa2 di universiti atau badan2 kerajaan..

Tanpa Nama berkata...

salam bro..mohon promote DR. NORAISHAH MYDIN BINTI HAJI ABDUL AZIZ calon PH..calon ini lebih baik utk warga putrajaya berbanding tengku palsu Ku nan dan bekas menteri mat jidin yg mengucar kacirkan sistem pendidikan, malah dr noraishah terbaik berbanding ras adiba pengerusi bernama.lu sendiri lihat oku2 di brikfield tu..tidak diperjuangkan,dinafikan samarata..ras ni cuma kecoh hak dia je..oku bangsa minoriti..oh ya..macam ne org buta mengundi?mcm mana oku mengundi??lupa plak, pegawai2 SPR sekarang tengah menyorok dari media dan rakyat..mana prof azmi sharom?kalo banjir besar dtg, mcm ne oku nak mengundi??gua teringat ank2 ronasina..gua teringat ronasina dihina oleh pelakon mengaku alim, pelakon tu kata disbkan dosa ronasina maka ank2 ronasina jd OKU..babi pun pelakon..gua masih ingat teater bilik sulit.kalo la record gua tak rosak, gua wajib upload ke youtube..nak tunggu lu mmg susah sb lu sendiri takda budget...