Selasa, 8 November 2022

MUHYIDIN LEBIH POPULAR DARI ANWAR DAN MAIL



Muhyiddin paling dipercayai

 berbanding Anwar,

 Ismail, menurut tinjauan

Calon perdana menteri Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berada di kedudukan teratas sebagai tokoh yang paling dipercayai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), berbanding calon lain termasuk Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob, menurut tinjauan sentimen masyarakat oleh Universiti Utara Malaysia (UUM).

Tinjauan Pusat Pengujian, Pengukuran dan Penilaian (CetMA) UUM itu dijalankan bermula 6 September hingga 5 November terhadap 2,716 responden mendapati Muhyiddin mendapat 20%, diikuti Anwar (19.2%) sebagai tokoh yang paling dipercayai.

Muhyiddin menerajui pentadbiran Putrajaya pada Mac 2021 ketika pandemik Covid-19 melanda negara, memaksa beliau melakukan beberapa langkah untuk membendung virus itu termasuk sekatan pergerakan dan pengagihan berbilion ringgit kepada orang ramai yang terjejas.

Beliau menjadi perdana menteri selama kira-kira 17 bulan, sebelum terpaksa berundur pada Ogos 2021 selepas mendapat tekanan daripada sekumpulan pemimpin Umno yang bersekutu dengan Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak.

Sementara itu, tinjauan mendapati perdana menteri semasa Ismail, yang merupakan calon perdana menteri Barisan Nasional (BN) hanya menerima 9.5% kurang dari Pengerusi Gerakan Tanah Air Dr Mahathir Mohamad (10.2%) dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang (10.3%).

Berhubung faktor yang menjadi pilihan pengundi ketika membuang undi, sebanyak 36.9% responden berkata parti politik menjadi faktor utama sementara faktor manifesto dan isu di kedudukan kedua (34.3%) dan faktor calon di tempat ketiga sebanyak 28.8%.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai parti paling sesuai memerintah Malaysia ketika ini, Umno berada di kedudukan tertinggi mendapat penerimaan sebanyak 32.7%, sementara PKR di tangga kedua sebanyak 26.1% sementara Bersatu sebanyak 15%.

PAS menerima 17.9% sementara DAP hanya menerima 6.9% kurang dari Amanah yang menerima 8.7%.

Ketika ditanya mengenai persepsi terhadap senario politik negara 34.7% responden berkata politik dalam negara tidak stabil, sementara 21.7% lagi berkata sukar dijangka.

Sebanyak 16.12% responden berkata senario politik ketika ini kompleks dan 16.1% lagi berkata mengelirukan.

Ketika ditanya siapakah pimpinan muda masa hadapan negara, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berada di kedudukan tertinggi mendapat 24.9% penerimaan daripada responden sementara Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli di tangga kedua sebanyak 15.7% dan Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di tempat ketiga sebanyak 15.2%.

Berhubung perkara atau isu yang perlu menjadi keutamaan parti politik dalam PRU15, 45.1% responden berkata kos sara hidup  sementara keadaan ekonomi sebanyak 37.2%.

Hanya 5.3% berkata pekerjaan anak muda sebagai keutamaan dan 4.4% memilih sukan dan rekreasi. 

Dalam pada itu, 49.2% setuju supaya lebih ramai wanita harus diketengahkan sebagai calon dalam PRU15, sementara 29.7% tidak setuju dan 21.1% lagi tidak pasti.

Demografi responden dalam tinjauan yang terdiri sebahagian besarnya dari Melayu sebanyak 2,344 responden, Cina (122), India (77) lain-lain Bumiputera (134) dan lain-lain (39) itu turut ditanya mengenai hubungan kaum di Malaysia di mana 52.3% berkata hubungan kaum berjalan dengan baik sementara 31.6% berkata tidak baik dan 16.1% lagi tidak pasti.



WOIT

ABAH COW

NAK JADI PM

SEKALI LAGI

KAH KAH KAH

BOLEH KE ?

MAMPU KE ?

KAH  KAH KAH

DULU NASIB

KURANG BAIK

ADA MAT KOBID

KAH KAH KAH

HINGGA JADI

KERAJAAN GAGAL

KAH KAH KAH

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mahiaddin bapak segala kegagalan, masa mejawat pelbagai menteri mahiaddin sembab ni gagal..jd perdana mentei pintu belakang pun cirit,tutup parlimen..ini semua tak masuk akal..UMNO,BN,PAS,PN akan mengikut cakap isham rais utk mendirikan khemah besar.persis langkah sheraton.pegang pengerusi majlis tindakkan ekonomi namun inflasi yg dijangka makin meningkat, ringgit jatuh teruk, ismail bapak daif hanyalah penyambung kebingungan dan kebanggangan mahiaddin bangsa johor..johor masih jual air murah kat spore ke?johor masih jual air mahal kat bangsa sendiri ke? saja tanya..