Selasa, 8 November 2022

DASAR DASAR - ORANG RAMAI NAK TAHU


Kempen PRU15 pertembungan logo, bukan ego

KHEMAH yang terlindung dengan deretan bendera mula dipenuhi orang ramai sewaktu ucapan bermula di acara disebut ceramah mega di Tanjung Karang malam tadi.

Kalangan hadirin itu antaranya terdiri dari golongan tua berseluar pendek, ada yang memakai kain pelikat dan golongan muda dengan jeans manakala golongan wanita sama ada berbaju kurung dan bertudung atau berbaju T dengan seluar.

Kebanyakannya memakai pelitup muka yang mengingatkan negara masih diselubungi pandemik.

Hanya 200 kerusi disusun di hadapan beberapa pembesar suara. Suasana ini jauh berbeza dengan acara dihadiri ribuan orang yang mahu mendengar rencana menukar kerajaan pada 2018.

Pada waktu itu, pemidang besar yang tertera gambar Najib Razak atau Dr Mahathir Mohamad dapat dilihat di mana-mana dan poster calon – baharu atau lama – memenuhi ruangan.

Najib kini dipenjara, Dr Mahathir masih bertahan pada usia 97 tahun di kerusi Langkawi untuk perjuangan politiknya yang belum selesai.

Di Tanjung Karang, seorang guru bernama Siti Rahayu Baharin atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Rahayu dari Muda mahu menentang orang kuat Umno Noh Omar, tapi penyandang kerusi itu digugurkan selepas enam penggal.

Pekan kecil dengan kampung nelayan, kebun kelapa sawit dan bendang padi itu menyaksikan pertarungan lima penjuru bagi merebut sokongan 62,194 pengundi, dan Cikgu Rahayu salah satu darinya.

Tiada poster dengan gambar beliau atau pencabar lain dapat dilihat di sepanjang jalan menuju ke pekan Tanjung Karang. Hanya bendera parti.

Pegawai kempennya berkata dana terhad tetapi lebih penting lagi, logo tersebut untuk mengingatkan pengundi untuk memilih beliau di antara calon lain pada hari pengundian 19 November.

Apa pun, Cikgu Rahayu mula berkempen sejak selepas Parlimen dibubarkan pada awal Oktober memandangkan ia salah satu dari enam kerusi persekutuan ditandingi Muda bawah gabungan Pakatan Harapan (PH).

Seluruh pasukan Muda Selangor bekerja keras dalam kempen pertama di negeri paling kaya di Malaysia itu.

Kebanyakannya warga urban yang meninggalkan dunia TikTok untuk bertemu pengundi yang sudah biasa dengan Noh, orang tempatan di situ sejak 1995 sewaktu Cikgu Rahayu masih di sekolah.

Mereka memerlukan ceramah untuk menyampaikan mesej di satu-satunya kerusi ditandingi di Selangor, dan ini bermakna Presiden Muda Syed Saddiq Abdul Rahman perlu hadir bersama pemimpin lain.

Mereka perlu menyokong Cikgu Rahayu yang biasa mendidik golongan tak berumah dan juga kanak-kanak pelarian berbanding berceramah di hadapan orang dewasa.

Beberapa ucapan mendahului di pentas ceramah terletak hanya satu kilometer dari hospital daerah baharu yang disiapkan sewaktu pentadbiran PH dari 2018 hingga 2020.

Antaranya, penyandang kerusi Segambut Hannah Yeoh yang mengenali Cikgu Rahayu sewaktu menjadi timbalan menteri.

Isi utama keseluruhan ceramah itu disimpulkan Syed Saddiq yang menyebut isu pendidikan dan ekonomi.

Anak didik Dr Mahathir itu yang bercakap laju dan sedikit pelat menyentuh isu semasa dengan bahasa mudah dan menyeru Cikgu Rahayu dipilih ke Parlimen.

Rakyat Malaysia memerlukan pendidikan lebih baik, katanya. Ibu bapa mereka memerlukan pendapatan lebih baik, tambahnya.

Dan hanya kerajaan PH mampu melakukannya untuk Malaysia, kata Syed Saddiq.

Pengundi di Tanjung Karang dan di kawasan lain di Malaysia perlu mengambil kira perkara ini untuk tempoh 11 hari akan datang sebelum memilih wakil mereka untuk lima tahun akan datang. – 8 November, 2022.
 

DASAR DASAR

INI YG NAK

DIDENGAR

AMIN

HARGA BARANG

NAIK APA

DASAR AKAN

DILAKUKAN

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

politik tanpa real politik maka ia akan jadi sumbang mahram.dasar2 dibuat diparlimen, sayangnya usul utk sesuatu dasar pun dipilihkasih oleh tuan speaker yg pada awalnya berkulit kemanusiaan dan kepelbagaian..kuasa utk menguasai punca kuasa dilakukan diparlimen, wakil parlimen wakil rakyat dipilih oleh rakyat.rakyat kampung selesa dgn wakil2 yg menekan ekonomi mrk diparlimen walaupun menerima sedikit habuan,sekampit beras, kain pelikat jarang,biskut tin berjenama ku nan dan dan dan..sebelum penamaan, wakil2 syarikat berhimpun di kedai mamak.mrk bincang siapa naik apa dan apa kita dpt..cthnya noh omar..para kontraktor rm2 harapkan noh omar jadi calon, kalo gagal jd calon maka para kontrktor jadi marah,lepas 2 hari kontraktor2 akan berlari dan meyokong penganti noh omar..yg penting survival hidup, yg penting dpt projek utk dijual projek..sub sub suwey..nama syarikat spt akal budi namun menafikan hak asnaf..peringatan dari azzawajallah diperjelaskan di quran mengenai pemakan2 harta anak yatim..celaka la org2 itu..lebih celaka org2 yg mempunyai ilmu dan pengetahuan quran dan hadis namun memaling darinya..semoga laknat keatas mrk ini..