Ahad, 1 Januari 2023

KEDAI JAKEL TERBAKAR


Jakel Shah Alam terbakar 80%

SEBUAH gedung jual beli tekstil terkemuka Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7 di Shah Alam hampir musnah dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata kebakaran berkenaan memusnahkan bahagian dalam bangunan lot kedai tiga tingkat itu namun tiada mangsa terlibat.

Norazam berkata pihaknya terdahulu menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian berkenaan pada 7.08 pagi tadi.

“Susulan itu sepasukan pegawai dan anggota serta aset dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, BBP Kota Anggerik, BBP Subang, BBP Kota Raja, BBP Damansara, BBP Sungai Pinang dan BBP Puchong digegaskan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi didapati kebakaran membabitkan satu lot kedai tiga tingkat yang sedang terbakar 80%. Api berjaya dikawal dalam tempoh satu jam,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Norazam berkata pasukannya kini dalam proses melakukan pemadaman bara-bara api pada timbunan kain dan jelasnya punca kejadian masih dalam siasatan. – Bernama, 1 Januari, 2023.

TERBAKAR ?

APA JADI ?

AMIN

JANGAN RISAU

TAK RUGI APA

AMIN

BIASANYA

GEDUNG

 PERNIAGAAN

ADA INSURAN

KHALAS


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah Bakar 80 percent Selamat apa lagi? Insuran ada jangan risau, setakat barangan tak apa, jangan ada nyawa terbang sudah kah kah tauke pandai bisnes kurang Bakar settle insurance semua Selamat Amin kah kah kah ini taktik lama dalam buku