Ahad, 1 Januari 2023

BURSA SAHAM DI TUTUP



Premis judi di Kedah tidak lagi beroperasi berkuat kuasa hari ini

SEMUA premis judi dan loteri di Kedah tidak lagi dibenarkan beroperasi berkuat kuasa hari ini selepas kerajaan negeri tidak lagi memperbaharui lesen perjudian.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dilapor berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) telah diarah memantau dan memastikan semua premis terbabit mematuhi arahan yang diumum pada November 2021.

“Semua penguat kuasa PBT diarah memeriksa kedai judi dan loteri di seluruh Kedah, bagi memastikan tidak ada yang dibuka hari ini, kita mungkin tidak tahu jika ada yang masih beroperasi.

“Semua lesen mereka telah tamat tempoh pada 31 Disember dan kita tidak lagi perbaharui lesen judi,” katanya dipetik Harian Metro.

Langkah sama turut dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu, yang juga di bawah pentadbiran PAS, sebagai usaha membendung aktiviti perjudian.

Pada 14 November 2021, Sanusi umum Kedah tidak akan memperbaharui lesen perniagaan untuk kedai nombor ekor yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Beliau berkata keputusan itu dibuat bagi mewujudkan persekitaran lebih baik untuk rakyat serta menangani kesan buruk perjudian seperti keruntuhan institusi keluarga.

Kerajaan negeri juga katanya memutuskan untuk mengehadkan penjualan minuman keras di semua daerah, khususnya kawasan luar bandar yang tiada permintaan. – 1 Januari 2023. 

KAH KAH KAH

INI BURSA SAHAM

ORANG MISKIN

KAH KAH KAH

RAKYAT NAK

LIHAT BILA

KASINO GENTING

AKAN DITUTUP

AMIN

KHALAS

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahahha genting tutup kaaa... telor dah ada ka.. telor dah ada semula ka??? kasi tutup yg kecik dula la kakakakakakaa...

Tanpa Nama berkata...

Bagus bagus bagus, nak tanya saja, mana lebih haram? Judi atau rasuah? Mana lebih berat? Saja tanya mengapa ramai rasuah kalangan orang kita tiada apa apa, masalah rasuah lagi parah kalangan orang 'kita' saja tanya lah mana tahu ada ayat Arab boleh jelaskan dengan terbaik, rasuah musuh utama negara, judi salah kita terima, tetapi judi hanya bukan Islam, adakah orang Kedah Judi jugak kah kah kah, ajar orang pimpin manusia, tunjuk jalan baik dengan jadi baik, tak payah paksa paksa, senang saja kan, kalau pemimpin baik lama lama rakyat jadi pengikut setia, kah kah kah apa pun Taliban pun tak lama perintah, sama juga yang menjadi proksi Taliban kah kah kah kepala bungkus oksigen tak masuk, otak sangkut sangkut, mata kabur, ayat songsang, salah kepada mata melihat, nanti tauke MKT jumpa MB semua settle kah kah kah, beli MKT kedai ada bayar cukai, kerajaan ada masuk, beli MKT pakai online lagi senang, tak payah bayar cukai, pulangan lebih lumayan, sapa tak tahu tanya kaki MKT kah kah kah, orang KEDAH cerdik belaka Amin kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Ini cara terus membodoh Melayu Isle, kah kah kah, bila mahu laksana hudud, bila mahu bentang kah kah kah saja tanya tanya, Kelante Ganu sudah berpuluh tahun, bila bila supaya senang pelabur mana nak masuk? Kah kah kah semua pindah masuk negeri lain, rakyat pun pindah cari makan negeri lain, kah kab kah

Tanpa Nama berkata...

Semua sudah online Bro, ini semua taktik tipu perintah, depan tipu belakang kow tim, dulu kini selamanya begitu lah, kah kah yang sebab special draw masa parti tebuk atap lagi banyak? Depan cakap dekah belakang cium tangan cukong, halal

oyo berkata...

Peluang keemasan untuk runner dan towkay underground mengisi kekosongan.
I'm going to migrate to Kedah untuk jadi kaya

Tanpa Nama berkata...

Mana bule tutup getting agong ada share.genting tu lu tanya of abg non,dia skg kerajaan federal.slangor x buat pun.

AL MIZI INDUSTRIES berkata...

Wayang semua tu