Rabu, 15 Mac 2023

WAK MUSTAR CARI SIMPATI



Akaun Bersatu kena beku, persiapan Perikatan hadapi pilihan raya terjejas, kata PAS


PERSEDIAAN Perikatan Nasional untuk menghadapi enam pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi sedikit terganggu susulan siri serangan terhadap gabungan itu termasuk pembekuan akaun bank rakan komponennya Bersatu, kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Keadaan itu memaksa PN mengurangkan hampir separuh daripada kos perbelanjaan yang dirancang dan akan menumpukan kempen menggunakan platform media sosial, katanya.

“Kita akui apabila akaun Bersatu dibekukan memang kita terjejas dan susah kita nak belanja banyak. Walau PAS bukan parti kaya tapi kaedah berpakat ini, bila kawan susah kita cuba bantu setakat mana yang kita mampu.

“Tapi tentulah (bajet) lebih rendah, untuk menghadapi PRN enam negeri kita akan ala kadar sahaja perbelanjaan, banyak gunakan media sosial.

“Dan mungkin kita akan terpaksa kurangkan perbelanjaan asas seperti poster, banner itu bahan kempen kita yang kita terpaksa kurangkan perbelanjaan di situ,” katanya semasa wawancara
 ekslusif  dengan The Malaysian Insight di Parlimen, minggu ini.

Tuan Ibrahim mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun milik parti Bersatu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata akaun itu dibekukan untuk membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram yang disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram atau Amla.

Siasatan itu membawa kepada pendakwaan terhadap presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, yang pada Isnin dikenakan satu lagi pertuduhan, dan yang ketujuh baginya, di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Muhyiddin didakwa mengubah wang haram berjumlah RM5 juta yang diterima daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun AmBank milik Bersatu.

Minggu lalu, Muhyiddin yang juga pengerusi PN mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya sebagai perdana menteri Malaysia dan presiden Bersatu untuk menerima suapan berjumlah RM232.5 juta.

Beliau juga didakwa dengan dua pertuduhan, sebagai presiden Bersatu, menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta.

Tidak perlu tergesa-gesa adakan PRN

Mengulas mengenai desakan dalam kalangan Bersatu supaya PRN diawalkan, Tuan Ibrahim membagangkan tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Tuan Ibrahim berkata desakan seperti itu bukan baharu dan beliau berpendapat ada banyak faktor yang perlu diambil kira antaranya peperiksaan awam dan bulan puasa serta hari
 raya Aidilfitri dan Aidiladha.

“Bagi saya kita masih ada masa dan tidak perlu tergesa sangat pun.

“Biarpun orang menganggap bila ada satu isu masa itulah yang terbaik buat PRN tapi saya tak fikir begitu,” katanya.

Beliau merujuk kenyataan Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu yang berkata ada desakan dalam kalangan Bersatu yang mahu PRN diawalkan.

Ahmad Faizal berkata desakan itu dibangkitkan oleh pewakilan dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu minggu lepas.

Beliau mengambil contoh Umno yang mendesak PRU-15 diadakan segera kerana menganggap dapat mengambil momentum yang sama, apabila mereka menang besar dalam PRN di Melaka dan Johor.

“Tapi bila buat segera (PRU15) hasilnya teruk, Umno jatuh hampir kalah,” katanya.

Oleh itu beliau berpendirian lebih baik sebarang keputusan pelaksanaan PRN dibuat tidak dipengaruhi sentimen emosi semata-mata kerana ia tidak kekal.

“Jangan buat perubahan semata-mata kerana sentimen, kerana sentimen itu contoh dalam enam bulan biasa habislah.

“Saya lebih suka kita kena lihat apa hala tuju, dasar yang dibawa, polisinya dan itulah sebenarnya rakyat nak tengok perubahan dalam politik,” katanya.

Ditanya sama ada PN bersetuju untuk PRN enam negeri diadakan serentak, beliau memberi bayangan gabungan itu tidak mempunyai masalah dengan cadangan itu biarpun masih belum ada
 keputusan rasmi untuk memutuskan perkara itu.

Pada masa sama beliau juga membayangkan PRN mungkin akan diadakan pada penghujung Julai atau Ogos.

Sumbangan orang ramai

Dalam wawancara itu Tuan Ibrahim turut menafikan dakwaan Barisan Nasional dan Umno mereka tewas pada pilihan raya umum lepas kerana kempen mewah PN.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata kempen mewah yang didakwa itu hasil sumbangan luar biasa daripada orang ramai dan penyokong PN.

Malah beliau mengakui ini pertama kali melihat PN dan PAS menerima sumbangan yang begitu besar daripada orang ramai.

“Pengalaman saya semasa PRU15 ini sokongan orang ramai terhadap PN dan PAS ini begitu luar biasa.

“Sebenarnya dalam PAS ini biasa bila kita nak dekat PRU atau habis PRU kita akan ada tabung sumbangan. Kalau di kampung kita panggil tabung buluh, jadi orang kampung akan bagi
 sumbangan dan derma.

“Bila nak dekat PRU lepas, mungkin kerana gelombang simpati orang tinggi pada waktu itu, jadi sumbangan itu banyak, seperti saya di Kubang Kerian kita akan sediakan bas untuk
 pengundi tapi ada orang nak taja bas, nak bayar bas itu. Dan ada orang sediakan makanan juga, jadi masing-masing beri sumbangan.

“Bagi saya bila orang dah sayang parti, dia sanggup korbankan pada parti hatta wakil rakyat masuk kedai… macam saya, jarang bayar masa PRU lepas kerana bila saya masuk kedai
 saya kata nak bayar tapi dah ada orang bayar,” katanya.

Jelas Tuan Ibrahim, hal itu berlaku jika seorang pemimpin atau parti politik mempunyai hubungan baik dengan masyarakat dan berkhidmat dengan telus kepada rakyat dan pengundi.– 15 Mac, 2023.

WOIT

WAK MUSTAR

CARI SIMPATI 

AMIN

KUNUN TAKDA

DUIT KERANA

AKAUN TUTUP

KAH KAH KAH

INI CERITA KARUT

SEMUA PARTI ADA

DUIT TUNAI

AMIN

NAJIB BILA DITANGKAP

ADA 300 JUTA $$$

CASH DALAM FLET

DI PAVALION

AMIN

WAK MUSTAR

BUAT CERITA SEDIH

BILA KALAH AKAN

TUDUH FULUS 

ELEEEEK

KAH KAH KAH

WAK MUSTAR

MAKIN BIJAK

BUAT LAWAK

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: