Rabu, 15 Mac 2023

CHINA MERAH PILIHARA


Notis merah ke atas Jho Low masih aktif, kata menteri

NOTIS merah yang dikeluarkan ke atas Jho Low dan lima individu lain yang didakwa terbabit dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini, kata Saifuddin Nasution.

Menteri dalam negeri memberitahu Dewan Rakyat, semua individu itu adalah Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low, Terence Geh Choh Heng, Casey Tang Keng Chee, Jasmine Loo, Eric Tan Kim Loong dan Nik Faisal Ariff Kamil.

“Notis merah yang diperoleh daripada Interpol terhadap semua penama ini masih aktif dan dan berkuat kuasa sehingga ke hari ini.

“Bagaimanapun, daripada 195 negara ahli Interpol, tiada negara mengesahkan keberadaan penama di atas di negara mereka,” katanya dalam satu jawapan bertulis.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan pihak berkuasa antaranya di Amerika Syarikat (AS)  dan Singapura untuk memperoleh maklumat berkait bagi membantu siasatan.

“Sehingga ke hari ini, PDRM masih bekerjasama dengan Biro Penyiasatan Persekutuan AS, pihak berkuasa Singapura dan agensi penguatkuasaan negara lain yang turut menjalankan siasatan ke atas dana milik syarikat 1MDB.

“Ia bagi mendapatkan maklumat yang boleh membantu mengesan dan menangkap semua penama di atas,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) yang meminta KDN menyatakan perkembangan terkini usaha mengesan Jho Low, Terence Geh, Casey Tang, Jasmine Loo, Nik Faisal dan Eric Tan.

Mengulas siasatan KDN melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Saifuddin berkata, [p;od sudah memfailkan pertuduhan di mahkamah secara in absentia (tanpa kehadiran) terhadap Jho Low, Casey Tang, Jasmine Loo dan Eric Tan di Mahkamah Majistret Putrajaya serta Kuala Lumpur.

Bagi Nik Faisal, Saifuddin berkata siasatan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung SRC International Sdn Bhd. – 15 Mac, 2023.




WOIT 

SAIFUDDIN

JANGAN BUAT 

TAK  TAHU

AMIN

KALAU NAK TAHU 

TANYA  BEKAS

KETUA POLIS

HAMID BADOR

AMIN 

JO LO BERADA

DI CHINA MERAH

AMIN

CHINA MERAH

YANG PILIHARA

AMIN

CHINA  MERAH

HARAP NAJIB

AKAN KEMBALI

BERKUASA

KHALAS

Tiada ulasan: