Rabu, 15 Mac 2023

SAPA LEBIH BERRKUASA ZAHID KE ANWAR ?



Ahmad Jazlan dilantik semula pengerusi Felcra

PENGERUSI Badan Perhubungan Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub dilantik semula sebagai pengerusi Felcra Berhad berkuat kuasa 1 Mac lepas, kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Perkara itu diumumkan Zahid ketika berucap pada Majlis Pengenalan Calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib-naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi sempena Pemilihan Umno sesi 2023-2026 peringkat negeri Kelantan, di Kota Bharu, hari ini.

Beliau yang juga presiden Umno berkata pelantikan semula Jazlan adalah berikutan keupayaan dan prestasi yang ditunjukkannya sebagai pengerusi agensi itu sebelum ini.

“Saya telah umumkan secara berperingkat pelantikan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan kerana jawatan-jawatan itu diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengikut prosedur yang terdapat dalam pelantikan tersebut.

“Tidak ada perkara, faktor-faktor yang nyata atau sembunyi kerana ia adalah hak mutlak perdana menteri,” katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut.

Ahmad Jazlan, bekas ahli Parlimen Machang, dilantik sebagai pengerusi Felcra Berhad pada 1 Oktober 2021.

Pada 21 Disember lepas, perdana menteri menangguhkan pelantikan semula Ahmad Jazlan sebagai pengerusi Felcra yang diumumkan Zahid pada 16 Disember 2022. – Bernama, 15 Mac, 2023.

ANWAR KATA

TAKDA LATIKKAN

POLITIK DLM GLC

KHALAS

DULU JAZLAN

DILANTIK KEMUDIAN

ANWAR GUGURKAN

AMIN

KALI INI ZAHID

LANTIK LAGI

KAH KAH KAH

SAPA LEBIH 

POWER 

KAH KAH KAH

PASTILAH ZAHID

TAKDA ZAHID

PMX JADI XPM

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: