Rabu, 19 April 2023

BERSEDDIA - PANAS AKAN SAMPAI


Fenomena cuaca panas, bahang akan berakhir tidak lama lagi – MetMalaysia

KUALA LUMPUR – Fenomena bahang dan cuaca panas yang melanda di kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia dijangka tidak berpanjangan.

Ini kerana, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan ribut petir akan kerap berlaku menjelang sambutan Aidilfitri membabitkan pendalaman Pahang, Terengganu, Kelantan, timur Sabah dan barat Sarawak.

Bercakap kepada MalaysiaGazette, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)nya, Lim Ze Hui berkata, cuaca panas yang sedang melanda negara sekarang akibat pemanasan permukaan bumi, kelajuan angin agak perlahan, kelembapan udara yang rendah sekali gus menyebabkan taburan hujan berkurangan.

“Dua hingga tiga hari lepas memang keadaan cuaca panas hampir seluruh negara tapi keadaan ini kita perhatikan mulai berubah sejak semalam.

“Hujan dan ribut petir mulai dikesan terutama di negeri pantai barat Semenanjung seperti Kedah, Pulau Pinang, pendalam Perak, barat Sabah dan utara Sarawak.

“Bagi tempoh peralihan monsun kali ini, cuaca panas kering yang kita alami untuk tempoh panjang baru-baru ini merupakan satu keadaan yang boleh dikatakan luar daripada kelaziman.

“Lazimnya, kita akan alami keadaan panas pada sebelah siang dan ribu petir pada sebelah petang tetapi kali ini sedikit berbeza sehingga keadaan berjerebu dan orang awam merasai bahang kepanasan di rumah pada waktu malam.

“Mengikut cerapan kita ada beberapa kawasan yang masih panas seperti di Terengganu, Kelantan dan pendalaman Pahang yang mana hujan kurang berlaku di negeri berkenaan termasuk timur Sabah serta sebelah barat Sarawak.

“Namun kita jangkakan hujan dan ribut petir akan berlaku tidak lama lagi di kawasan terbabit, suhu kembali seperti biasa dan kita harapkan suhu tinggi atau cuaca panas sekarang akan beransur kurang,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette.

Beliau meramalkan peralihan monsun yang melanda negara pada ketika ini dijangka  berakhir pada bulan Mei.

Mengulas mengenai kadar jumlah hujan yang turun sepanjang peralihan monsun yang berlaku pada bulan Mac lalu, Lim berkata,  ia berada pada paras tidak normal atau kritikal berbanding sebelum ini.

Berdasarkan statistik data jumlah hujan yang dicatatkan, terdapat sembilan kawasan merekodkan kadar hujan di bawah 50 peratus iaitu kurang daripada purata normal.

“Antara kawasan yang terlibat di stesen Kelantan iaitu Kota Bahru merekodkan hanya dua peratus, Kuala Krai (38 peratus), Gong Kedak (27 peratus).

“Manakala di Terenggangu iaitu Kuala Terengganu (9%), Kerteh (42%), Kedah pula di Chuping (13 peratus), Pulau Langkawi (29 peratus), di Perak melibatkan Ipoh (40 peratus), dan di Sabah iaitu Sandakan (49%),” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan kepada orang ramai terutama yang bekerja atau mempunyai aktiviti di luar bangunan supaya berhati-hati apabila berada di bawah cuaca yang terlalu panas.

Selain itu, ibu bapa juga disaran untuk memantau tahap kesihatan anak-anak supaya sentiasa minum air yang banyak bagi mengekalkan tahap hidrasi badan yang berperanan penting untuk mengawal atur suhu badan. 

BERSEDIA

SUHU PANAS

AKAN DATANG

AMIN

INI MALAPETAKA

IKLIM

AMIN

ALAM BERI INGTAN

PADA MANUSIA

UNTUK BERUBAH

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kan dia cakap hujan tu