Rabu, 19 April 2023

MENGENAL PEMIMPIN ISLAM TUNISIA


MENGENAL 

 RASHID GHANNUSHI PEMIMPIN ISLAM TUNISIA


Rashid al-Ghannushi (lahir 1941) merupakan warga Tunisia beragama Islam. Dilahirkan di Al-Hama, Qabis di selatan Tunisia, beliau adalah merupakan pengasas kepada Hizb al-Nahḍah, Parti Pembaharuan Tunisia.

Ruang politik semakin luas pada April 1981 oleh Bourguiba, Al-Ghannushi mengasaskan "al-ittijah al-islami" atau 'Kecenderungan Pergerakan Islam'. Gerakan ini berakar umbi kepada Islam sederhana, tidak menaja keganasan dan menekankan "pembinaan semula kehidupan ekonomi yang lebih saksama, penerimaan pluralisme politik dan demokrasi . " 

Menjelang akhir bulan Julai, Al-Ghannushi dan pengikut-pengikutnya telah ditangkap, dihukum penjara sebelas tahun di Penjara di Bizerte dan diseksa. Komuniti agama dan sekular, termasuk pertubuhan-pertubuhan politik sekular menyokong beliau . Beliau dibebaskan pada tahun 1984, tetapi kembali ke penjara pada tahun 1987 dihukum penjara seumur hidup.Sekali lagi dibebaskan pada tahun 1988 . Beliau pindah ke Eropah sebagai buangan politik sehingga 1990-an.

Ghannushi mendakwa mewakili pandangan progresif dalam reformasi Islam dan mengutamakan inovasi terhadap ketidakadilan sosial. Budaya tempatan dan gerakan Islam diutamakan dan menolak teori-teori kabur Sayyid Qutb.Beliau memihak kepada hak-hak pekerja , unionism , dan pendidikan dan hak-hak wanita ,yang bersandarkan Islam tetapi tidak liberal feminisme .

Wanita sebahagian daripada masyarakat Islam mestilah diberi pendidikan. Tidak ada penindasan wanita dalam budaya Islam.Wanita mestilah berpengetahuan, kebebasan dan boleh menentukan nasib sendiri. Elakkan wanita daripada imej bogel, erotisme , meninggalkan rumah dan pergaulan bebas antara jantina. dia memberontak terhadap manifestasi cetek ini dan menyeru kembali kepada Islam. 

Harem dilihat sebagai penafian diri dan tidak mampu untuk menentukan nasib sendiri.Dalam masyarakat Islam, Rashid Al-Ghannushi percaya bahawa rakyat bukan Islam tidak harus dihalang daripada menyandang jawatan dalam kerajaan.

Pada 22 Januari 2011, Al Jazeera TV menyiarkan temubual dengan Rashid Al-Ghannushi yang mengesahkan pendirian beliau terhadap Khalifah Islam , dan menyokong demokrasi dan tidak sefahaman dengan Hizbut Tahrir. Ghannushi menuduh Hizbut Tahrir mengeksport kefahaman Islam yang diputarbelitkan Rachid Ghanouchi diharamkan daripada memasuki Iran dan Arab Saudi. 

Dalam wawancara Mei 2011, bagi Ghannushi , masalah Palestin merupakan masalah ummah dan semua tanah di antara masjid di Mekah dan Baitul Maqdis merupakan jantung Negara Islam.Benda asing selain itu adalah tanda penyakit ummah dan meramalkan bahawa Israel akan sampai ke penghujungnya.





Tiada ulasan: