Khamis, 27 April 2023

BUKA KANG KANG PROJEK MASUK



SPRM perlu siasat dakwaan skandal seks Exco Melaka – SAMM

MELAKA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu skandal seks yang didakwa melibatkan seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka.

Pengerusi SAMM Melaka, Mohd. Zamri Abu Bakar berkata, laporan tersebut dibuat kira-kira pukul 12.15 tengah tadi di Pejabat SPRM Melaka di Alai di sini.

Beliau berkata, pihak berkuasa perlu bertindak menyiasat kesahihan di sebalik dakwaan berkenaan memandangkan kontroversi itu jelas melibatkan salah guna kedudukan bagi memperoleh projek melibatkan pemasangan menara telekomunikasi, berdasarkan beberapa tangkap layar perbualan WhatsApp yang tular sejak Selasa lalu.

“Untuk makluman, sejak 25 April lalu dalam media sosial Facebook, akaun bernama Zaharin Mohd. Yassin dan Che’GuBard Original telah memuat naik banyak maklumat berupa bukti gambar, tangkap layar telefon dan video mengaitkan seorang Exco Kanan.

“Daripada bahan tersebut dilihat bahawa Exco tersebut mempunyai hubungan dengan seorang wanita yang menawarkan khidmat seks bagi mendapatkan bayaran sehingga RM15,000 sebulan dan projek untuk ‘uncle’ dan watak Exco itu berjanji akan memberikan habuan itu, katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, penyebaran beberapa tangkap layar perbualan WhatsApp dan video berunsur seksual yang dikatakan melibatkan dirinya adalah satu pertuduhan yang sengaja direka cipta.

Tegasnya, beliau menafikan terlibat melakukan perkara-perkara seperti digambarkan dalam tangkap layar itu, termasuk rasuah seks sebagai habuan membantu saudara kepada seorang wanita bagi mendapatkan projek melibatkan pemasangan menara telekomunikasi.

Tambah Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, penularan video itu mula dikesan dan disebarkan sehari sebelum Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu yang menyaksikan, beliau menang jawatan Ketua UMNO Bahagian menewaskan penyandang, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dengan kelebihan empat undi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Mohd. Shahril Che Saad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan terbabit. – UTUSAN

BUKA KANGKANG

PROJEK MASYUUK

KAH KAH KAH

KEMUT KUAT

LAGI BANYAK

MASYUUUK

KAH KAH KAH

HIDUP MELAYU

HIDUP ISLAM

KAH KAH KAH

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tu baru esko melaka.. beluk eskey lagi.. kah kah kah