Khamis, 27 April 2023

PAKATAN BOLEH MENANG DI SELANGOR KALAU ...


DAP yakin pertahan kerusi di Selangor


DAP yakin dapat memenangi kesemua 16 kerusi dalam pilihan raya negeri akan datang yang dimenangi parti itu di Selangor semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Setiausaha DAP Selangor Ng Sze Han.

Dengan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke baru-baru ini mengeluarkan arahan bahawa parti itu mesti memenangi semua 16 kerusi di Selangor, Ng berkata ia boleh dicapai walaupun terdapat cabaran dari segi mendapatkan undi Melayu.

“Kami masih sangat yakin bahawa kami akan memenangi 16 kerusi DUN sekali lagi,” kata Ng kepada The Malaysian Insight.

“Satu-satunya kesukaran terletak pada trend undi anak muda Melayu yang menjadi fokus semua pihak. Adakah trend pengundian mereka sama seperti pilihan raya umum ke-15, menyokong kerajaan perpaduan atau ada perubahan dalam persepsi mereka beberapa bulan selepas pembentukan kerajaan persekutuan?


“Menurut pemerhatian kami, berikutan prestasi baik kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kami merasakan ia telah menarik ramai pengundi atas pagar,” tambahnya.

Ng menjelaskan, isu yang paling dibimbangkan pengundi ialah pendapatan dan peluang pekerjaan.

Beliau berkata, selagi ekonomi pulih, semua orang akan mempunyai jangkaan dan memberi sokongan kepada kerajaan perpaduan.

“Bagi orang bukan Islam, sokongan kepada kerajaan perpaduan lebih tinggi, malah lebih tinggi berbanding semasa pilihan raya umum lalu,” katanya.

Memandang serius arahan Setiausaha Agung itu, Ng yang juga Adun Kinrara berkata, tugas DAP Selangor adalah untuk memastikan tiada kerusi yang hilang.

Katanya, persiapan kini sudah memasuki pusingan akhir.

“Kami telah menyampaikan arahan Setiausaha Agung kepada akar umbi, dan tugas akar umbi adalah untuk bertanggungjawab menyampaikan maklumat yang betul kepada rakyat.”

“Sebabnya selepas pilihan raya lalu, kita dapati pihak lawan menggunakan media sosial untuk menyampaikan beberapa maklumat tidak betul termasuk maklumat negatif yang mencetuskan sentimen perkauman,” katanya.

Pilihan raya negeri akan datang di negeri itu juga akan menyaksikan kerjasama yang tidak pernah berlaku sebelum ini antara DAP dan Barisan Nasional (BN).

Ng mendedahkan pertemuan antara kedua-duanya amat harmoni.

“Kami mengikut model kerajaan perpaduan persekutuan dan mengadakan beberapa pertemuan dengan pemimpin Umno BN untuk membincangkan peruntukan kerusi dan persiapan.

“Kita akan bantu BN untuk raih undi. Semua orang bersedia dari segi mental untuk bekerjasama dalam pilihan raya negeri,” katanya.

Walaupun DAP bekerjasama dengan Umno di negeri itu buat kali pertama, Ng berkata sambutannya adalah positif.

“Pengundi menyokong kerajaan perpaduan yang sederhana dan menolak sekeras-kerasnya gabungan dan parti ekstremis perkauman.

“Kita sudah mula mengerahkan dan melalui kawasan luar bandar dan kampung nelayan utama. Kita juga akan memberi bantuan kepada beberapa kawasan yang ditandingi BN atau Umno,” katanya.

Pada PRU14, DAP menyapu bersih kesemua 16 kerusi yang dipertandingkan di negeri itu.

Krusi berkenaan adalah Sekinchan, Kuala Kubu Baru, Dusun Tua, Teratai, Balakong, Seri Kembangan, Kinrara, Subang Jaya, Bukit Gasing, Kampung Tunku, Bandar Utama, Bandar Baru Klang, Pandamaran, Kota Kemuning, Banting dan Sungai Pelek.

Bagaimanapun, Adun Teratai Bryan Lai meninggalkan parti itu tahun lepas untuk menyertai Warisan, meninggalkan DAP dengan 15 kerusi di negeri itu. – 27 April, 2023.

PAKATAN BOLEH

MUDAH MENANG 

DI SELANGOR

DENGAN  SYARAT....

AMIN

PERTAMA : NAJIB

MASIH DALAM JIL

AMIN

KEDUA :  ZAHID JANGAN

DATANG BERKEMPEN

DI SELANGOR

AMIN

KETIGA: KIT SIANG

RAMASAMY & GUAN

ENG JANGAN CAKAP

BANYAK

AMIN

MALAON NI JANGAN

TURUN BEREKEMPEN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa Najib Razak perlu diberi Pengampunan DiRaja?

Kerana DS Najib Razak di bicarakan secara tidak adil oleh Mahkamah & Hakim lantikan Mahahtir & Tommy Thomas

Datuk Seri Najib Tun Razak dinafikan perbicaraan yang adil. Oleh itu, beliau berhak mendapat pengampunan DiRaja. Namun pihak yang merancang menganiaya Najib dengan perbicaraan yang tidak adil ini sedang merancang untuk menghalang beliau diberikan pengampunan DiRaja juga. Betapa busuknya hati-hati mereka.

abuqassim berkata...

Osah boto tu... 😁🙏✌