Khamis, 27 April 2023

LANGKAH BIJAK



Wajibkan panel solar untuk rumah baharu, kata ahli Parlimen 

PUTRAJAYA harus memperkenalkan undang-undang untuk mewajibkan panel solar bagi rumah baharu sebagai sebahagian daripada langkah menyokong tenaga boleh diperbaharui dan sektor itu, kata Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng hari ini.

Beliau berkata kerajaan persekutuan harus mencontohi inisiatif kerajaan Sarawak untuk mewajibkan panel solar untuk kediaman baharu di negeri ini.

“Tidak dinafikan cadangan sebegitu bukan sahaja membantu industri tenaga boleh diperbaharui di Malaysia untuk berkembang maju, tetapi ia juga akan menjadikan Malaysia sebagai perintis tenaga boleh diperbaharui di rantau Asia Tenggara.

“Selain itu, cadangan ini juga akan menggalakkan penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan pelepasan karbon, yang menyumbang kepada perubahan iklim.

“Saya berada dalam kedudukan yang paling yakin bahawa inisiatif seperti itu boleh dikemukakan dan diutamakan oleh kerajaan perpaduan,” kata ahli Parlimen DAP itu dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, banyak negara, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia sudah mewajibkan semua rumah baharu yang dibina mulai 2020 dipasang panel solar.

Tambahnya, kos pemasangan panel solar telah menurun dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menjadikannya penyelesaian yang lebih berpatutan dan praktikal untuk pemilik rumah baharu.

“Selain itu, Malaysia mempunyai badan tenaga hijau sedia ada seperti SEDA (Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari) untuk memudahkan peralihan daripada bahan api fosil kepada tenaga hijau.

“Kerajaan persekutuan harus mencontohi inisiatif Sarawak dengan mengenakan undang-undang dan peraturan baharu untuk kedua-dua sektor awam dan swasta bagi melindungi alam sekitar dan menangani perubahan iklim, kerana ia merupakan isu global yang mendesak yang memerlukan perhatian segera,” katanya.

Awal minggu ini, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Abdul Rahman Junaidi berkata negeri itu sedang mengkaji kemungkinan pemasangan panel solar wajib bagi kawasan kediaman baharu.

“Idea ini disampaikan oleh Premier Abang Johari Openg semasa beliau menjadi menteri perumahan negeri. Saya bersamanya tujuh hingga lapan tahun lalu untuk membentangkan idea ini pada peringkat awal.
 
“Baru-baru ini, Sarawak Energy mengambil bahagian dalam program Feed-In Tariff (FIT) seperti yang dilaksanakan di Putrajaya dan Lembah Klang. Ini boleh dilaksanakan secara sistematik. Ia memerlukan penglibatan Sarawak Energy bersama pemaju hartanah dan lain-lain yang terlibat.

“Mungkin pada masa akan datang, selepas perbincangan dengan pelbagai pihak, kita boleh meminda undang-undang perumahan kita (sedia ada) untuk memastikan rumah baharu itu dilengkapi dengan panel solar,” katanya. – 27 April, 2023.

CADANGAN BIJAK

LANGKAH TEPAT

AMIN

TEKNOLOJI DAH

WUJUD KITA

WAJIB GUNA

AMIN

TUHAN RA BERI

HIDMAT PADA

UMAT MANUSIA

KHALAS

1 ulasan:

abuqassim berkata...

Tk masyuukk la tnb nnti..😁🙏✌