Isnin, 15 Mei 2023

POLITIK BARU SIAM



Kerajaan baharu Thailand gabungan enam parti, umum Pita Limjaroenrat

KETUA Parti Pergerakan Maju Thailand Pita Limjaroenrat akan mengetuai kerajaan gabungan enam parti politik dengan keseluruhan 309 ahli Parlimen dan beliau sendiri sebagai perdana menteri, lapor Bangkok Post.

Pita membuat pengumuman itu selepas Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand mengisytiharkan Parti Pergerakan Maju memenangi pilihan raya umum semalam dengan 151 kerusi, iaitu 112 daripada kawasan pilihan raya dan 39 daripada senarai parti.

Thailand mengamalkan pilihan raya yang menggabungkan sistem pemilihan undian pemenang undi terbanyak dan sistem perwakilan berkadar.

Menurut Pita, beliau menerima mandat daripada rakyat untuk partinya menjadi tunjang kerajaan yang baharu.

Beliau juga sudah berhubung dengan Paetongtarn Shinawatra, ketua Parti Pheu Thai, menjemputnya untuk menyertai kerajaan gabungan.

Paetongtarn berkata partinya akan mula berunding dengan parti pimpinan Pita.

Tiga parti pembangkang lain yang dijemput menyertai kerajaan gabungan ialah Thai Sang Thai, Prachachart dan Seri Ruam Thai. 

Lima parti itu mempunyai keseluruhan 308 ahli parlimen.

Pita juga berkata beliau menghubungi parti Pen Tham atau Parti Keadilan, yang menang satu kerusi senarai parti, untuk menyertai gabungan.

Pen Tham ialah sebuah parti yang aktif di kawasan selatan Thailand.

Lima parti pembangkang itu juga dilapor akan memperincikan rundingan melibatkan dasar dan perancangan kerajaan, termasuk kemungkinan mengadakan perjanjian persefahaman untuk membayangkan perjalanan 100 hari pertama dan seterusnya bawah kerajaan baharu.

Sebuah pasukan perunding akan dibentuk untuk membincangkan janji-janji pilihan raya sementara satu pungutan suara juga bakal diadakan untuk menentukan pindaan perlembagaan. – 15 Mei 2023



POLITIK BARU

SIAM

AMIN

TOLAK TENTERA

TOLAK RAJA

NAIKKAN SUARA

RAKYAT

AMIN

NAIKKAN SUARA

ANAK MUDA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: