Isnin, 15 Mei 2023

KONSEP TAK PERLU DIMONOPOLI


Kerajaan dikecam tarik balik rayuan kes kalimah Allah

KERAJAAN perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim didakwa sebagai kerajaan melampau dan biadap apabila menarik balik rayuan kes membabitkan penggunaan kalimah Allah oleh seorang wanita Kristian Sarawak Jill Ireland, kata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Setiausaha Agung Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) Mohd Aswanizam Alias mendakwa tindakan itu juga menunjukkan ahli Parlimen Islam yang mendukung kerajaan hari ini gagal mempertahankan agama.

“Kami yang mewakili lebih 70 gabungan NGO dan NGO-NGO Islam, ingin menyuarakan bantahan keras terhadap tindakan kerajaan yang menarik balik rayuan terhadap kes kalimah Allah di mahkamah.

“Tindakan unilateral kerajaan madani di bawah perdana menteri ke-10 ialah satu tindakan yang boleh dianggap melampau, tidak menghormati Institusi-Institusi yang lebih tinggi dari cabang eksekutif negara dan boleh mencetuskan keadaan yang tidak baik dalam negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

NGO itu turut menggesa agar semua ahli Parlimen sama ada pihak pembangkang mahupun kerajaan agar mendesak perkara itu ditarik balik.

“Pembela menggesa ahli-ahli Parlimen Islam yang bermaruah di dalam kerajaan dan pembangkang untuk memberi tekanan yang wajar supaya tindakan unilateral yang tidak menghormati agama Islam, Perlembagaan dan Institusi yang telah bersumpah dan dipertanggungjawabkan untuk memeliharanya pada semua masa, ditarik balik,” katanya.

Pembela juga mendakwa kerajaan mengambil tindakan itu tanpa merujuk dan berunding dengan pemegang taruh utama berkenaan isu melibatkan Islam seperti iaitu Majlis Raja-Raja dan Majlis Agama Islam Negeri.

“Kegagalan untuk ahli-ahli Parlimen Islam menggesa Anwar mengarahkan penarikan balik pembatalan rayuan itu, harus dianggap sebagai kegagalan utama mereka dalam mempertahankan agama negara. 

“Ia harus disusuli dengan tindakan-tindakan wajar sebagaimana yang harus dilakukan pihak yang gagal menjalankan tugas sepertimana yang diamanahkan,” tegas pertubuhan itu.

Sehubungan itu, Pembela katanya akan menggerakkan bantahan di peringkat NGO dan rakyat dan Anwar harus mengarahkan agar Peguam Negara untuk menarik balik pembatalan rayuan kes kalimah Allah berkenaan.

Kerajaan dilaporkan tidak meneruskan rayuan kes tersebut dengan notis untuk tidak meneruskan kes itu difailkan di Mahkamah Rayuan pada 18 April lepas.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan Malaysia telah memfailkan rayuan pada 15 Mac lepas terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Tiga perkataan lain adalah Solat, Baitullah, dan Kaabah.

Hakim Nor Bee Nor Bee berkata, arahan oleh KDN pada 1986 untuk tidak membenarkan penggunaan empat perkataan itu menyalahi undang-undang dan tidak rasional.

Tindakan kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu turut dikecam Badan Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Presidennya Zainul Rijal Abu Bakar dalam satu kenyataan hari ini menuntut kerajaan memberi penjelasan penuh atas tindakan tersebut.

“Atas tindakan dan arahan kerajaan ini, penjelasan penuh perlu diberikan berkaitan dengan tindakan ini dan kenapa terdapat perbezaan tindakan yang tidak dimaklumkan kepada masyarakat Islam juga. 

“Kami juga memohon penjelasan sama ada Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kedah yang telah diberikan hak oleh mahkamah menjadi amicus curae (sahabat mahkamah) dalam kes ini dirujuk sebelum sebarang tindakan diambil oleh kerajaan?” soalnya.

Zainul Rijal berkata keputusan kerajaan itu juga bercanggah dengan undang-undang negeri Selangor, yang menghalang penggunaan kalimah-kalimah tertentu termasuk kalimah Allah.

Jelasnya, undang-undang ini telah diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor dan diperkenan oleh Sultan Selangor. 

“Sebagai ketua agama negeri yang termaktub di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan kuasa budi bicara sebagai ketua agama negeri di dalam Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan, penarikan balik secara unilateral ini telah menjejas kuasa Sultan Selangor khususnya.”

Malah tindakan kerajaan menarik balik rayuan itu tidak selari dengan hasrat penghakiman kes kalimah Allah terdahulu iaitu dalam kes Titutar Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur, katanya.

Isu membabitkan penggunaan kalimah Allah itu bermula 13 tahun lepas selepas Jill memulakan permohonan semakan kehakiman pada 20 Ogos 2008 supaya lapan cakera padat miliknya dikembalikan selepas dirampas pada 11 Mei 2008, sebaik tiba di Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepang.

CD berkenaan bertajuk “Cara hidup dalam kerajaan Allah”, “Hidup benar dalam kerajaan Allah” dan “Ibadah yang benar dalam kerajaan Allah”. – 15 Mei 2023. 

TAK WAJAR

TAK MASUK AKAL

UNTUK MONOPOLI

KEBAIKKAN

AMIN

BAIK JUJUR

ADALAH KONSEP

SAPA PUN BOLEH

MEMILIKINYA

AMIN

WAJIB DILAWAN

 YANG TAK JUJUR

YANG MENCURI

YANG RASUAH

AMIN

NAMPAKNYA INI

NAK DIJADIKAN

AGENDA POLITIK

MELAWAN 

KERAJAAN

KHALAS

1 ulasan:

izzy berkata...

Sebelum islam dah wujud pun perkataan tu...