Isnin, 15 Mei 2023

KEPUTUSAN BETUL LAGI TEPAT


Putrajaya tarik balik rayuan bantah bukan Islam dibenar guna kalimah Allah

PUTRAJAYA menarik balik rayuannya terhadap penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam di negara ini.

Notis pemberhentian itu difailkan pada 18 April lalu.

“Pemohon (menteri dalam negeri dan kerajaan) tidak berhasrat untuk meneruskan dengan notis rayuan yang difailkan pada 12 Mac, 2021 dan menolak keseluruhan rayuan ini tanpa arahan mengenai kos,” kata notis yang dilihat The Malaysian Insight.

Pegawai mahkamah turut mengesahkan menerima notis pemberhentian.


Pada 12 Mac, 2021 Putrajaya memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain dalam konteks agama.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Rayuan Nor Bee Ariffin yang ketika itu hakim Mahkamah Tinggi, selepas 13 tahun kes itu dibawa di mahkamah antara kerajaan dan Jill Ireland, seorang wanita dari Sarawak yang beragama Kristian.

Nor Bee dalam keputusannya, menyifatkan arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 1986 yang melarang empat perkataan itu digunakan masyarakat bukan Islam, 35 tahun lalu adalah “tidak sah” dan “tidak rasional”.

Kes ini bermula pada Mei 2008 apabila pegawai kastam di KLIA merampas lapan cakera padat (CD) daripada Ireland bertajuk “Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah”, “Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah” dan “Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah”.

Pada mulanya Ireland memfailkan tuntutan untuk mendapatkan semula CD berkenaan dengan turut mengemukakan permohonan relif lain.

Pada 2014, Mahkamah Tinggi mengarahkan KDN memulangkan CD berkenaan kepadanya, tetapi tidak menangani isu perlembagaan kerana terikat dengan satu penghakiman Mahkamah Persekutuan.

Pada tahun berikutnya, Mahkamah Rayuan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi 2014 itu, tetapi mengarahkannya mendengar permohonan Ireland untuk deklarasi hak perlembagaannya untuk beragama dilanggar dengan larangan atau sekatan terhadap pengimportan bahan pendidikan itu. – 15 Mei, 2023.

LANGKAH

BETUL TEPAT

WAJIN DISOKONG

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: