Ahad, 17 Disember 2023

JANGAN SEBAR FITNAH


Banjir di Kelantan, Terengganu semakin buruk

PERAK kembali dilanda banjir apabila sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka petang tadi susulan hujan lebat berterusan manakala di Kelantan dan Terengganu, jumlah mangsa semakin meningkat sementara situasi di Selangor beransur pulih.

Di Teluk Intan, Perak, PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak dibuka pada jam 6 petang untuk menempatkan 30 mangsa daripada tujuh keluarga yang dipindahkan dari kawasan Batu 9, Lorong Kedah dan Lorong Belakang Klinik di Changkat Jong.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Perak bagaimanapun memaklumkan tiada jalan ditutup atau terputus hubungan akibat bencana itu.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat mendadak kepada 3,780 orang daripada 1,170 keluarga setakat jam 8 malam berbanding 1,350 orang daripada 368 keluarga yang direkod pada sebelah pagi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, mangsa dari Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas sedang berlindung di 15 PPS di tiga jajahan itu.

Di Tanah Merah, mangsa ditempatkan di PPS Balai Raya Padang Kijang, Sekolah Kebangsaan (SK) Kulim dan Sekolah Menengah Ugama (A) Kajang.

Hanya tiga PPS dibuka di Kuala Krai berbanding lapan pada sebelah pagi membabitkan Pejabat Veterinar, SK Banggol Guchil dan SK Chenulang.

Pasir Mas merekodkan jumlah mangsa tertinggi dan mereka ditempatkan di SK Gual Tinggi, SK Sri Rantau Panjang (2), SK Gual To’Deh, SK Kampung Rahmat, SMK Baroh Pial, Masjid Mukim Padang Licin, SK Sri Kiambang dan SMK (A) Lati.

Di Terengganu, bilangan mangsa di 36 PPS semakin meningkat iaitu 2,622 orang daripada 637 keluarga setakat jam 8 malam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri Terengganu, Marang menjadi daerah kelima dilanda bencana itu dengan 231 mangsa daripada 41 keluarga ditempatkan di empat PPS.

Dungun pula daerah paling teruk terjejas dan merekodkan 1,615 mangsa daripada 399 keluarga berlindung di 14 PPS manakala di Hulu Terengganu, sejumlah 282 orang daripada 64 keluarga ditempatkan di tujuh PPS.

Di Kemaman, 227 orang daripada 54 keluarga dipindahkan ke tiga PPS manakala di Setiu, sejumlah 267 orang daripada 79 keluarga masih berlindung di lapan PPS sejak Khamis.

Berdasarkan laman sesawang rasmi Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air Sungai Nerus dan Sungai Marang di tahap bahaya manakala Sungai Setiu dan Sungai Tumpat di Kemaman pula mencapai tahap waspada.

Di Selangor, situasi banjir menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa menurun daripada 78 orang (26 keluarga) pagi tadi kepada 49 membabitkan 19 keluarga setakat jam 9 malam dan kini berlindung di PPS SK Jaya Setia serta Balai Raya Parit Mahang di Kuala Selangor.

Portal Public Info Banjir JPS memaklumkan Sungai Rasau di Tugu Keris, Klang di tahap bahaya dengan bacaan 4.84 meter setakat 8 malam.

Dua sungai di daerah Klang mencatat bacaan di tahap amaran termasuk Sungai Binjai di Pekan Meru dengan 4.2m manakala Sungai Klang di Bandar Klang dan Selat Muara masing-masing merekodkan bacaan 2.77m dan 2.96m.

Dua lagi yang merekodkan bacaan di tahap amaran termasuk Sungai Selangor di Rantau Panjang, Kuala Selangor (7.33m) manakala Sungai Damansara di kawasan Batu 3 serta Kampung Melayu Subang di Petaling masing-masing merekodkan bacaan 5.38m dan 17.02m. – Bernama, 16 Disember, 2023.


WOIT

JANGAN SEBAR

FITNAH

AMIN

BANJIR MEMANG

BALA

AMIN

BALA INI BUKAN

KERANA GUNA

PLANTA

JADI PELINCIR

AMIN

BALA BUKAN

KERANA KITA

ADA JUDI CASINO

AMIN

BALA DATANG

BUKAN KERANA

KL BANYAK MAKSIAT

AMIN

BUKAN BUKAN

AMIN

BANJIR SAMPAI

 KERANA

IKLIM DUNIA

BERUBAH

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jangan sebar bukan fitnah, iklim dunia berubah sbb iklim marah korang sebar baktiria jahek... baktiria jahek boleh mati sobabkan panas, org dulu guno tungku batu, tuam dokek porut, sobab baktiria, ponyakeit banyak dokek porut..

tp tunggu kemarau koring, habih modal org jahek nnti buek bakteria, koput dek paneh matohari... tujuh tahun kato eaa kemarau koring...

bakteria dio, org hahek sebar ikut yg sojuk2 jo, ikut air, ikut cuaco lombab... itu pasal jebon microsopf nak buat projek kabus, kemarin nak buat projek tutup matohari, buek rumah tinggi2 biar sojuk2... sonang nak bojankit...

tp klu nak copek matikan semua bakteria, ado lg caro lain.. gogok minyak panas mongologak ko, tolan baro api ko, tepek stereka kek porut ko... org dulu cakap, ini caro nak bunuh ibu eaa... haa toruih kapan... takyah dah poneng2, malam karang buek konduri 3 hari, makan pereeee lg...

Tanpa Nama berkata...

betul ini bala .. bala ni datang sebab manusia.. iklim panas tak jadi tanpa sebab..
setiap yang ada datang ada punca.. bala pasti datang.

cuma beruk sampai sekarang belum jadi manusia.. kah kah kah